Monday 28 November 2011

Jalan menuju Kejayaan


""Atur minda untuk berjaya dan lebih yakin!Bukan susah hendak berjaya tapi bukan senang untuk gagal"

Adakah kamu bersetuju dengan prinsip yang diberikan itu? Cuba bayangkan, setiap kejayaan itu mudah untuk digapai jika ada usaha dan matlamat. Begitu juga, bukan senang untuk gagal melainkan kamu benar benar tidak berusaha dan seolah membiarkan diri kamu ditimpa kegagalan!Namun rasanya setiap orang ingin mencapai segala impian dan cita cita dalam hidup.

Segala apa yang dapat dicapai itulah yang dinamakan kejayaan yang akhirnya akan mengundang seribu kebahagiaan dan kegembiraan. Sebab itulah orang sanggup melakukan apa saja demi untuk memastikan mereka mendapat apa yang dinamakan kejayaan. Walau bagaimanapun, ia perlukan perancangan dan cara yang betul. Jika tidak, mana mungkin ia dapat dicapai? Apa kata kita sama sama mengenalpasti beberapa tips yang boleh kamu ikuti untuk memperolehi kejayaan dalam hidup! Bukannya susah sangat tapi bukan pula mudah untuk diikuti! Mudah mudahan kejayaan akan menjadi milik kamu dengan lebih senang.

Kenalpasti matlamat hidup

Sering kita dengar, perkara pertama yang harus dilakukan ialah dengan mengenalpasti terlebih dahulu apakah sebenarnnya yang kita inginkan dalam hidup. Misalnya cita cita kamu dan apa kamu hendak jadi dalam masa 10 tahun akan datang. Tapi ia bukan sekadar mengenalpasti saja. Sebelum kamu membuat keputusan apakah target utama kamu,. fikir dengan mendalam dan teliti. Tanya hati kamu, adakah kamu benar benar ingin mencapai setiap yang diinginkan itu? Yang pastinya, kamu sendiri yang 'tahu' bahawa kamu pastinya berjaya dan tidak akan gagal!

Buat keputusan tekad dan bertindak

Ha! Langkah yang seterusnya sudah tentu ialah dengan membuat tindakan tindakan yang selanjutnya. Sekiranya kamu rasakan tindakan yang dilakukan itu tidak bersesuaian dengan matlamat yang kamu kehendaki, ubah ia supaya ia bersesuaian. Kamu harus ingat, tindakan lah yang membuahkan matlamat. Tindakan-tindakan itu amat penting kerana ia itulah yang dinamakan 'usaha'. Jika hendak berjaya, sudah tentu kena seiring dengan usaha. Kejayaan mana dapat diraih tanpa usaha gigih yang dilakukan dengan bijaksana kan?

Senarai sebab

Selepas itu, senaraikan secara jujur sebab sebab berkaitan dengan emosi mengapa kamu tidak berjaya melakukan tindakan tindakan yang kamu sudah kenalpasti. Apabila kamu sudah 'faham' akan sikap sikap negatif kamu yang membawa kepada ham yang demikian, lebih mudah untuk kamu 'memahami' akibat yang bakal berlaku hasil daripada sikap negatifi tu. Misalnya, malas mengulangkaji pelajaran menjelang peperiksaan. Akibatnya, tentu kamu akan gagal dalam peperiksaan dan seterusnya akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan kamu. Bagaimana kamu hendak mencapai cita cita untuk menjadi seorang jurutera kalau pelajaranpun 'sangkut'? Kata orang, hanya diri kita yang lebih memahami diri kita sendiri. Oleh itu, hanya diri kita juga yang dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik!

Sentiasa ceria

Jangan terlalu serius dengan hidup dan pandanglah kehidupan ini dari segi prospek yang positif. Apabila kita memberikan diri kita satu kesan yang menggembirakan, segala apa juga yang dilaku akan 'menjadi'. Segala galanya lebih mudah. Ceriakan diri dan hidup kamu! Untuk lebih menyenangkan lagi, senaraikan pula perkara perkara yang boleh membuat kamu rasa gembira. Cuba sedaya upaya untuk melakukan salah satu daripadanya tiap tiap hari. Misalnya dengan menulis dairi memberikan kamu satu perasaan gembira kerana kamu mampu menulis dan meluahkan apa saja di dalamnya. Jadi, apa kata luang sedikit masa sebelum tidur untuk menulis dairi! Sambil itu, dengar pula muzik Kitaro yang kamu gemari itu. Pasti menyenangkan!

Kenalpasti kekuatan dan kelemahan kamu

Ini amat penting. Bila kamu mengkaji kelemahan dan kekuatan diri, lebih mudah untuk kamu berjaya. Gunakan kelebihan kelebihan yang kamu miliki itu sebagai kunci. Dalam masa yang sama, kelemahan diri itu boleh diatasi dan dikawal.

Urus masa kamu

Penting tu! Senaraikan apa yang patut kamu lakukan mengikut kepentingan dan keperluannya. Taklah nanti kamu terkejar kejar untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa tertentu saja! Yang dulu, didulukan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.