Saturday 3 December 2011

Kerana Satu Ayat Al Quran



 Seorang sahabat bercerita kepada saya tentang kisah seorang doktor Amerika memeluk Islam. Kisah ini terjadi di sebuah hospital Amerika Syarikat. Terdapat seorang doktor muslim yang warak bekerja di hospital ini. Dan beliau memang dihormati kerana budi perkertinya yang baik.  Beliau mempunyai seorang sahabat baik yang juga bekerja di bahagian yang sama iaitu doktor bersalin.

Pada suatu malam, di hospital tersebut terjadi dua peristiwa orang nak bersalin secara serentak. Dipendekan cerita, dua orang bayi yang baru dilahirkan telah tercampur. Seorang bayi perempuan dan seorang lagi bayi lelaki. Tidak ada siapa yang tahu yang mana satukah ibu-ibu mereka kerana kecuaian jururawat yang lalai menulis nama pada gelang yang diletakkan di tangan kedua bayi tersebut.  Siapakah ibu bayi lelaki dan siapakah ibu bayi perempuan.

Maka doktor Amerika berkata kepada doktor Muslim, "Engkau mengatakan bahawa Al-Quran telah menjelaskan segala sesuatu dan engkau mengatakan bahasanya Al-Quran itu penyelesai segala masalah. Maka tunjukkanlah kepadaku cara mengetahui siapakah ibu dari bayi ini masing-masing."

Lalu doktor muslim itupun menjawab, "Ya, Al-Quran telah menerangkan segala sesuatu dan akan aku buktikan kepadamu tentang hal itu. Biarkan kami mendiagnos ASI kedua ibu dan pasti akan diketahui jawapanya, apabila nampak hasil dignosis"

Setelah membuat dignosis ASI, doktor muslim dengan yakinnya menyatakan siakah ibu bayi lelaki dan siapakah ibu bayi perempuan.

Untuk mengesahkan jawapan atau kenyataan rakannya, doktor Amerika pun membuat ujian DNA. Ternyata pilihan doktor muslim itu adalah tepat dan benar. Lalu doktor Amerika itupun berasa hairan dan bertanya, "Bagaimana kamu tahu?"

Doktor muslim jawab "Sesungguhnya hasil yang nampak menunjukkan bahawasanya kadar banyaknya ASI pada payudara ibu si bayi lelaki dua kali banyak kandungannya dibanding ibu si bayi perempuan. Perbandingan kadar garam dan vitamin pada ASI si ibu bayi lelaki itu juga dua banyak dibandingkan ibu si bayi perempuan."

Kemudian doktor muslim tersebut membacakan ayat Al-Quran yang menyokong hujahnya.

"Bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.(An-Nisa:11)

Doktor Amerika itu menjadi kagum dan dia menyatakan keislamannya secara spontan tanpa ragu-ragu.

Subhanallah, Maha Suci Allah Robb semesta alam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.