Monday 28 November 2011

Beza Lelaki& Wanita




Assalamualaikum..
Beza Lelaki& Wanita
a) Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis dara ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri,ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu,kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

b) Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya,anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu,puasa di bulan Ramadhan,taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .....

Sabda Baginda Nabi saw yang bermaksud;

" Pada hari itu (hari Qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Wallahu A'lam...
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya.Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.Bila dipandang,banyak hati lelaki akan tergoda.Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'.Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan.Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian kepada luaran.Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik,mesra dan lemah-lembut.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram." - Hadis Rasulullah saw riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi, sedangkan hanya setelah terikat baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik,sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga,bukannya rupa. Maksudnya,pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Wallahu A'lam...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.