Sunday, 26 February 2012
Wednesday, 8 February 2012
Disaat kelahiran Nabi Muhammad SAW
Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan mendapat harta yang banyak.
“Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya,” kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah.
Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.
Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.
Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan pada tubuh Muhammad.
(Petikan dari Novel HIJRAH)-Abdul Latip
Sunday, 5 February 2012
Selamatkah Diri Anda di Padang Mahsyar?
Selamatkah Diri Anda di Padang Mahsyar?
Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur
binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan
angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua
mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-
kuatnya :" Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang
yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus
berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur,rambut-rambut yang telah
luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT
yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja! "
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat
langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi,didapati
bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-
bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya.
Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya.
Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat
matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka
bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka
berkata :" Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan
inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."
Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka
berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami
dari tempat tidur kami (kubur ) ?"
(Yassin: 52 )
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan
sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun
dibadan.Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam -
macam rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka
membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika
menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang
mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan
sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang
bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang
diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi
bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada
ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada
bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan
akhirat. ( mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama.)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-
hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke
jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-
cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka
menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan
sembahyang (lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-
nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar
dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat
busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana
takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang
ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah
busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas
langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.
Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api
neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak.
Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir
hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka.
Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan
bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap
sesama manusia.
WASALLAM
PENGHUNI MAHSYAR MERAYU DIPERCEPATKAN HUKUMAN
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama
mereka mesti berada di padang mahsyar ?. Tidak siapapun yg tahu.
Perit derita dialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yg tidak
berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah
kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka
amat lapar tanpa sebutir makanan yg mengisi perutnya, tanpa setitik
air yg membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak
pernah merasai hembusan angin yg boleh memberikan sedikit kelegaan.
Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya
pula berdiri dgn kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama
300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yg tidak lagi diukur dengan
peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar
seperti didunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam
pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran
akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi
mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari
dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun
akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira
lima ribu juta tahun.
Waktu yg begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT
membiarkan manusia dibumi mahsyar, suatu tempoh deraan yg tidak
tertanggung oleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal.
Berdiri dalam berhimpit-himpitan seperti yg diibaratkan oleh
Rasululluah s.a.w laksana anak-anak panah yg disumbatkan ke dalam
bakul dengan bersesak-sesak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit
padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas, menahan dahaga
bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yg tidak dapat dibayangkan
lagi.
Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar
supaya berpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT
kepada ahli mahsyar setelah mereka idak dipedulikan selama 300 tahun,
tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka,betapa
pula apabila mereka diarah menghadap ke arah neraka yg apinya
menjulang, dengan arahan itu tidak seorang pun yg dapat berpaling
dari neraka kecuali mereka yg mendapat rahmat Allah.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air
untuk mereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya
air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan
ke mulut ahli mahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran
kerana air yg dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka
mereka hanya tinggal tengkorak yg hangus.
Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi
raja yg memerintah pada hari akhirat, suatu hari yg amat digeruni
oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja
dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yg besar
apabila enggan melaksanakan hukum dan peraturan Allah
Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia
ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa
kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yg Maha
Halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang
agar beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yg
menghiraukan rayuan Allah.
Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikasn
peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yg
mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yg sebenar. Ia hanya
sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun
kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama
disana.
Dalam keletihan yg tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yg menghiris
kerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan
atau setitik air yg masuk ke perutnya. Ketika itu kedengaran
dikalangan mereka yg berkata: "Tidak adakah dikalangan kita yg boleh
mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman".
Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yg memberikan
cadangan agar berjumpa Nabi s.a.w.. Ketika inilah baru mereka ingat
akan Nabi s.a.w, ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi,
walaupun semasa didunia dahulu mereka langsung tidak menghiraukan
seruan nabi, malah ada yg mendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat
tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir,orang gila dan sebagainya.
Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambil
berkata "Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi,
urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang
lain. Hari ini adalah hari bagi tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya,
belum pernah Tuhan marah sedashyat hari ini".
Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan meminta agar
diri mereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana
yang pernah dijanjikan , tetapi hanya kepada orang-orang tertentu
yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang
tinggi dan amal soleh . Nabi Muhammad s.a.w telah diizinkan oleh
Allah SWT sebagaimana yang tersebut didalam Surah Thahaa ayat 109
yang bermaksud..."Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali
(syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberi keizinan
kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya".
Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur
panjang,sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujian
keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa
nafsu ,sabar menghadapi ancaman seteru-seteru Allah , maka bagi orang
itu akan terasa pendek masa yang dilalui dihari Mashyar.
Justeru orang-orang yg beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah
serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yg
haram ,maka banyak masalah yg ditempuhinya , kesukaran dan berbagai
ujian kerana mentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara
akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya
dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaan ,maka wajarlah
ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat
sewaktu berada di Mashyar.
Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada
mereka yang berjihad didalam harakah Islamiah ,kerana berada dalam
gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian,dimusuhi dan
dibenci oleh orang-orang yg tidak senang.Disebabkan menyokong gerakan
Islam , akibatnya dia menerima berbagai sekatan,dihalang dari
menerima bantuan,dicerca , dipulau dan dimaki.
Namun kesemua itu akan menjadi suatu yg mendatangkan rahmat kepadanya
di mashyar kelak, apabila dia sabar diatas segala rintangan
itu.Ketika manusia diperam dan dijeruk didalam lautan keringat dan
airmata dihari Mashyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka
dengan menjadikan jangka masanya singkat di bumi Mashyar.Walhal bagi
orang lain yg tidak mendapat rahmat dan syafaat , tetap merasai suatu
jangka masa sehingga ribuan juta tahun.
Orang-orang yg beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar yg
deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yg lemah
tidak mampu menanggung azab yg begitu lama di bumi mashyar, justeru
itu dia sanggup menanggung kesusahan yg sebentar didunia semata-mata
kerana hendak mentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua
larangan-Nya, serta memperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela
walaupun ramai dikalangan manusia yg membencinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Kepada orang mukmin yng
menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan
diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa
di dunia".
Oleh itu selagi umur masih ada sayugialah orang-orang mukmin itu
berfikir dan berusaha ,samada dia benar-benar merasa gerun dengan
hari mashyar . Adakah dia memilih ingin rehat di hari mashyar atau
hendak membuang umur dan membazirkan waktu dengan sia-sia didunia
ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)