Saturday, 3 August 2013

Awal Penciptaan Bumi

23 july 2013


Kali pertama bumi ini di ciptakan. Katanya bumi ini selalu bergoncang, dan tidak berputar dgn stabil malah tidak berputar pada paksinya
Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

“Wahai Rabb, Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

"kerana belum dipaku" jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya para malaikat lagi..

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT..
Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi"
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" tanya malaikat lagi
"Ada! yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat mmbawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.
 "Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu? (gunung, api, air, angin?)" malaikat bertanya lagi.
"Ada!

"IAITU NAFAS HAMBAKU YANG BERDOA KEPADAKU. KERANA SESUNGGUHNYA DOA ITU MAMPU MENGUBAH TAKDIRKU."
demikian Allah SWT menjelaskan..
~HADIS KUDSI~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.