Tuesday 20 December 2011

Kisah seorang pengemis



Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di reuang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata :"Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengansikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya menderita sepertinys. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh istrinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami baru itu menjawab dengan tenang :"Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan yang ditengking  dulu!"
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan."
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya."
Firman Allah s.w.t. Surah Al-Taubah, Ayat 79 yang bermaksud :
"Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereke berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sekadar kemampuanynya serta mereka mengejek-ngejeknya, Allah akan membalas ejekan-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Friday 16 December 2011

10 amalan terbaik tapi terbalik

 
 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.



Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari

Kata Pujangga



Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU.
Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan
lesu serta berjuang dengan Maut.
Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini.

Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al-
Hasyr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa  dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.

Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.

Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku
tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku hairan dan  terperanjat, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita??

Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,  agar senyumanmu banyak di kemudian hari.
Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.  Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.  Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari  kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan
tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!..... . ... ... .

WaLlahua'lam. ..
  




Sayangnya Allah pada kita

  
Assalamualaikum wbt.
KEBESARAN SOLAT 2  RAKAAT
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,  dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu  antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan  berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang  lebih baik daripada
aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..  "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana  syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000  tahun. Setelah selesai
Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman  yang bermaksud. "Wahai Jibrail,
ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah  yang bersungguh-sungguh, dan
tidak ada seorang pun yang menyembah  kepadaku seperti ibadat kamu, akan
tetapi di akhir zaman nanti akan  datang seorang nabi yang mulia yang
paling aku cintai, namanya  Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan
sentiasa berdosa,  sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar  sahaja, dan mereka dalam keadaan   lupa serta serba kurang,
fikiran  mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka  demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas  perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas  perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang  Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu  Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa  sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah  untuk melihat syura
Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari  Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan  terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak  perjalanan 3000 tahun,
terbangla  malaikat jibrail as selama 300  tahun sehingga ia merasa letih
dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah SWT  lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku  menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau  seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai  Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku  memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu  kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai  kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan  kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka  kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha  lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara  iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam  taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam  maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di  dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam  bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di  dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh  terjadinya) hari kiamat
didalam semua hari.
Semoga kita  mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.


 

Monday 5 December 2011

Perjalanan terakhir seorang banduan







Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung pergi dengan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.
Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

'
Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

'
Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Sunday 4 December 2011

Jangan berdukacita



1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.

7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.

11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.

15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.

Renungan buat semua saudaraku



Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

8 Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat



1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.

6 Perkara yang Rasulullah SAW paling takuti







1- Pemerintah yang terdiri daripada pemuda-pemuda.

2- Ramainya polis.

3- Banyaknya rasuah dalam hukum.

4- Putus hubungan keluarga.

5- Meremehkan amanah perjanjian.

6- Pemuda-pemuda yang menjadikan Al-Quran sebagai seruling nyanyian, ditempatkan di muka majlis bukan kerana lebih pandai akan kefahaman agamanya tetapi hanya supaya melagukan Al-Quran.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 824.
Nota :
 No. 6,  kini telah nyata berlaku dan memang ramai orang memperdagangkan Al-Quran serta bakat yang ada untuk tujuan perniagaan. Terlalu ramai ustaz yang memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran  semasa nasyid.
Kini zaman menjadikan ilmu agama sebagai barang dagangan samada melalui media eletronik atau media cetak sehingga ramai ustaz telah menjadi orang ternama dan kaya hanya bermodalkan Al-Quran dan Al-Hadis.
SubhanAllah, Sejarah para sahabat amat nyata dan benar mereka berjuang dan mati tanpa pangkat serta kemewahan lalu tubuh mereka mendapat pakaian dari Syurga, makanan mereka dihidangkan oleh bidadari, nama mereka dipuji oleh Allah SWT dan Para Malaikat.
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada pujukan dan rayuan haya nafsu yang telah dihiasi oleh iblis dengan jenama agama.
Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita Jalan Para Nabi-nabi  A.S. dan Para Sahabat R.A .
Amin Ya Rabbal Alamin.


Allah SWT bangga dengan 3 golongan ini





 1- Mereka yang berada di hutan apabila mendengar azan dan Iqamah lalu  dia solat , maka Allah SWT akan berkata kepadanya ” Lihatlah hambaKu solat sendirian tanpa dilihat oleh seseorang “. Maka Allah SWT menurunkan kepadanya 70 ribu Para Malaikat untuk menjadi makmum kepadanya.

2- Mereka yang bangun di malam hari solat sendirian sehingga dia tertidur dalam sujud. Maka Allah SWT berkata kepada Para Malaikat  ” Lihatlah hambaKu rohnya padaKu dan badannya sujud padaKu “.

3- Mereka yang berada di medan perang, maka dia tetap  tegak  berdiri sehingga Syahid.

Saturday 3 December 2011

khannas si anak iblis


Kisah berikut ini dijangka berasal dari Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin al-Husain al-Hakim at-Tirmizi.

Setelah Adam dan Hawa berkumpul kembali dan taubat mereka diterima Allah, pada suatu hari Adam meninggalkan Hawa seorang diri kerana keperluan. Maka datanglah Iblis beserta anaknya yang bernama Khannas kepada Hawa.

"Aku harus pergi untuk melakukan sesuatu hal yang penting, tolonglah jaga anakku hingga aku kembali nanti." si Iblis berkata kepada Hawa.

Hawa menerima anak itu dan si Iblis pun pergi.

"Dia adalah anak Iblis yang dititipkannya kepadaku," jawab Hawa.

"Mengapa engkau sudi menolongnya?" Adam mencela Hawa.

Dengan sangat marah anak Iblis itu dibunuhnya, dicincangnya dan setiap cincangan itu digantungkannya pada dahan. Setelah itu pergilah Adam. Tidak lama kemudian Iblis datang.

"Di manakah anakku?" Ia bertanya kepada Hawa.

Hawa menerangkan segala sesuatu yang telah terjadi. Iblis menyerukan nama anaknya. Potongan-potongan tubuh anaknya berkumpul dan ia pun hidup kembali, kemudian berlari menyambut ayahnya.

"Jagalah dia, kerana ada urusan lain yang harus aku lakukan." Iblis memohon kepada Hawa.

Mula-mula Hawa menolak tetapi si Iblis memohon begitu gigihnya sehingga akhirnya Hawa pun menyerah. Setelah itu pergilah Iblis meninggalkan tempat itu. Ketika Adam pulang terlihatlah olehnya anak Iblis itu.

"Apakah ertinya semua ini?" tanya Adam.

Hawa mengisahkan yang telah terjadi. Adam memukul Hawa habis-habisan.

"Aku tak tahu rahsia di sebalik semua ini." Adam mengherdik. "Sehingga engkau tidak mematuhi aku tetapi mematuhi seteru Allah dan terperdaya oleh pujukannya."

Anak itu dibunuhnya dan mayatnya dibakarkannya, kemudian sebahagian abunya dibuang ke dalam air sedang sebahagiannya lagi dibuangkannya ke udara dan diterbangkan angin. Setelah itu Adam pergi. Si Iblis datang pula menanyakan anaknya. Hawa menceritakan apa yang telah dilakukan terhadap anaknya. Si Iblis berteriak memanggil anaknya, abu-abu mayat anaknya yang dibakar tadi berkumpul, kemudian si anak hidup kembali dan bersimpuh di depan ayahnya.

Sekali lagi Iblis memohon pertolongan tetapi ditolak oleh Hawa.

"Pastilah aku dibunuh Adam nanti," jawabnya.

Iblis memujuk dengan berbagai sumpah sehingga akhirnya Hawa sekali lagi menyerah. Si Iblis pun pergi. Adam kembali dan didapatinya Hawa bersama anak itu lagi.

"Allahlah yang mengetahui apa yang bakal terjadi sekarang ini," Adam mengherdik penuh marah. "Engkau menuruti kata-katanya dan tak mempedulikan kata-kataku."

Khannas disembelih dan dimasaknya. Separuh dari tubuh Khannas dimakannya sendiri dan separuhnya lagi diberikannya kepada Hawa. (Orang-orang mengatakan sesudah tindakan Adam yang terakhir ini Iblis masih dapat menghidupkan dan membawa Khannas dalam rupa seekor kambing). Kemudian si Iblis datang pula menanyakan anaknya dan Hawa menceritakan apa yang terjadi.

"Inilah yang selama ini ku inginkan," si Iblis berseru girang. "Aku ingin menyusup ke dalam tubuh Adam. Kini, setelah dadanya menjadi tempat kediamanku, tercapailah sudah keinginanku itu."

kalimah Bismillah


Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mau mengerjakan kewajipan agama dan tidak mau berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak berbicara dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah. "Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang mengejutkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan sembunyi-sembunyi suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan duit ke dalam sumur di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak mengerjakan sesuatu kerja.
wallahualam

Kisah para Wali - Zun Nun



Pada suatu hari seorang pemuda pergi berjumpa Zun Nun lalu berkata "Aku mempunyai wang seribu dinar. Aku ingin menyumbangkan wang ini untuk berbakti kepada Allah. Aku mahu supaya wang aku ini dapat digunakan oleh murid-murid mu dan para sufi."

"Sudahkah engkau cukup umur?" tanya Zun Nun.

"Belum" jawab pemuda itu.

"Jika demikian engkau belum berhak untuk mengeluarkan wang tersebut. Bersabarlah hingga engkau cukup dewasa." Zun Nun menjelaskan.

Setealah dewasa, pemuda itu pergi menemui Zun Nun. Dengan pertolongan Zun Nun ia bertaubat kepada Allah dan semua wang emas itu diberikannya untuk guru sufi, sahabat-sahabat Zun Nun.

Suatu ketika para guru sufi itu menghadapi masalah sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa lagi kerana wang telah habis digunakan.

Lalu pemuda itu berkata "Sedih sekali, aku tidak mempunyai wang lagi untuk membantu mereka."

Kata-kata ini didengar oleh Zun Nun, maka sedarlah ia bahawa anak tersebut belum tahu khidupan kerohanian yang sebenarnya kerana kekayaan dunia masih penting dalam pandangannya. Zun Nun memanggil anak itu dan berkata kepadanya

"Pergilah kau menemui tabib, katakan padanya bahawa aku menyuruh dia untuk memberikan ubat yang berharga tiga ribu dirham kepadamu."

Pemuda itu segera pergi kepada tabib itu dan tidak lama kemudian ia kembali semula.

"Masuklah ubat-ubat itu kedalam  lesung dan tumbuklah sampai lumat." Zun Nun menyuruh pemuda itu. "Kemudian tuangkanlah sedikit minyak sehingga ubat-ubat itu boleh dibentuk, dan dengan sebuah jarum buatlah lubang pada ketiga-tiganya. Setelah itu bawalah ketiga-tiganya kepadaku."

Pemuda itu melakukan seperti yang disuruh. Setelah selesai, ketiga biji buatan itu dibawanya kepada Zun Nun. Ubat-ubat tersebut diusap-usap oleh Zun Nun kemudian ditiupnya, tiba-tiba ubat itu berubah menjadi tiga biji batu merah delima dari jenis yang belum pernah dilihat oleh manusia. Kemudian Zun Nun berkata kepada pemuda itu.

"Bawalah permata-permata ini ke pasar dan tanyakanlah harganya, tetapi engkau jangan menjualnya."

Pemuda itu membawa batu-batu permata itu ke pasar. Ternyata setiap butirnya berharga seribu dinar. Pemuda itu pergi menemui Zun Nun dan memberitahu harganya. Zun Nun berkata,

"Sekarang masukanlah permata-permata itu kedalam lesung, tumbuklah sampai halus dan setelah itu buang kedalam air."

Pemuda itu melakukan seperti yang disuruh, membuang permata-permata yang telah hancur ke dalam air. Setelah itu Zun Nun berkata kepadanya,

"Anakku, seorang sufi itu bukanlah lapar kerana tiada makanan. Semua ini adalah kehendak mereka sendiri."

Pemuda itu pun bertaubat dan membersihkan jiwanya. Dia menggangap dunia tidak lagi berharga baginya.

Sabar & Mengeluh



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasullullah saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi," Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasullullah saw bersabda," Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Kerana Satu Ayat Al Quran



 Seorang sahabat bercerita kepada saya tentang kisah seorang doktor Amerika memeluk Islam. Kisah ini terjadi di sebuah hospital Amerika Syarikat. Terdapat seorang doktor muslim yang warak bekerja di hospital ini. Dan beliau memang dihormati kerana budi perkertinya yang baik.  Beliau mempunyai seorang sahabat baik yang juga bekerja di bahagian yang sama iaitu doktor bersalin.

Pada suatu malam, di hospital tersebut terjadi dua peristiwa orang nak bersalin secara serentak. Dipendekan cerita, dua orang bayi yang baru dilahirkan telah tercampur. Seorang bayi perempuan dan seorang lagi bayi lelaki. Tidak ada siapa yang tahu yang mana satukah ibu-ibu mereka kerana kecuaian jururawat yang lalai menulis nama pada gelang yang diletakkan di tangan kedua bayi tersebut.  Siapakah ibu bayi lelaki dan siapakah ibu bayi perempuan.

Maka doktor Amerika berkata kepada doktor Muslim, "Engkau mengatakan bahawa Al-Quran telah menjelaskan segala sesuatu dan engkau mengatakan bahasanya Al-Quran itu penyelesai segala masalah. Maka tunjukkanlah kepadaku cara mengetahui siapakah ibu dari bayi ini masing-masing."

Lalu doktor muslim itupun menjawab, "Ya, Al-Quran telah menerangkan segala sesuatu dan akan aku buktikan kepadamu tentang hal itu. Biarkan kami mendiagnos ASI kedua ibu dan pasti akan diketahui jawapanya, apabila nampak hasil dignosis"

Setelah membuat dignosis ASI, doktor muslim dengan yakinnya menyatakan siakah ibu bayi lelaki dan siapakah ibu bayi perempuan.

Untuk mengesahkan jawapan atau kenyataan rakannya, doktor Amerika pun membuat ujian DNA. Ternyata pilihan doktor muslim itu adalah tepat dan benar. Lalu doktor Amerika itupun berasa hairan dan bertanya, "Bagaimana kamu tahu?"

Doktor muslim jawab "Sesungguhnya hasil yang nampak menunjukkan bahawasanya kadar banyaknya ASI pada payudara ibu si bayi lelaki dua kali banyak kandungannya dibanding ibu si bayi perempuan. Perbandingan kadar garam dan vitamin pada ASI si ibu bayi lelaki itu juga dua banyak dibandingkan ibu si bayi perempuan."

Kemudian doktor muslim tersebut membacakan ayat Al-Quran yang menyokong hujahnya.

"Bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.(An-Nisa:11)

Doktor Amerika itu menjadi kagum dan dia menyatakan keislamannya secara spontan tanpa ragu-ragu.

Subhanallah, Maha Suci Allah Robb semesta alam.

Hassan Al Basri & Penyembah Api

 
 
Hasan bin Abil Hassan al-Basri mempunyai jiran yang bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu hari Simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.

"Takutlah kamu kepada Allah" Hasan menasihatkan. "Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap."

"Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi siang dan malam mengejar harta kekayaan. Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk menghadapimya. Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya," jawab Simeon penyembah api.

"Inilah ucapan dari manusia yang sungguh mengatahui. Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. jika kita sama-sama terheret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku. Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita kedalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Kuasa," jawab Hasan.

Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Simeon mersa hairan. Suatu ilmu telah diketahuinya.

"Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?" Simeon mengeluh.

"Jadilah seorang muslim," jawab Hasan.

"Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. Tanpa jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam," kata Simeon.

Hasan segera membuat surat jaminan. Ramai orang di kota Basrah memberikan kesaksian mereka di atas surat jaminan tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan ia berwasiat,

"Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kubukurkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang muslim."

Setelah berwasiat demikian, ia mengucap dua kalimah syahadat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Simeon, mensolatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merengungi apa yang telah dilakukannya itu.

"Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani memastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?"

Dalam keadaan memikirkan hal itu. Hasan terlena. Ia bermimpi bertemu dengan Simeon, wajah Simeon cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita, di kepalanya ada sebuah mahkota. Ia memakai jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.

"Bagaimana keadaanmu Simeon?" tanya Hasan.

"Mengapakah engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha Besar dengan segala kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang dilimpahkan-Nya kepadaku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberiku surat jaminan, terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi," jawab Simeon.

Ketika Hasan terbangun ia mendapati surat jaminan itu telah berada di tangannya. Hasan berseru, "Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu yang Engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya untuk menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapakah Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?"

Thursday 1 December 2011

Rasa Malu



Rasulullah SAW bersabda, ''Hendaklah kamu merasa malu kepada Allah SWT dengan malu yang sebenarnya.'' Para sahabat menjawab, ''Ya Nabiyullah, alhamdulillah kami sudah merasa malu.'' Kata Nabi, ''Tidak semudah itu. Yang dimaksudkan dengan malu kepada Allah SWT dengan sebenarnya malu adalah kemampuan kalian memelihara kepala beserta segala isinya, memelihara perut dan apa yang terkandung di dalamnya, banyak-banyak mengingat mati dan cubaan (Allah SWT). Siapa yang menginginkan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang telah mengamalkan demikian, maka demikianlah malu yang sebenarnya kepada Allah SWT.'' (HR Tirmidzi dan Abdullah bin Mas'ud).
Hadis tersebut menggambarkan betapa besarnya manfaat rasa malu dalam kehidupan seorang Muslim. Mulai dari cara berfikir dan apa yang difikirkan, cara menjaga perut dari makanan haram, sampai sikap hidup yang sentiasa ingat pada kematian, bisa dimasukkan sebagai refleksi dari rasa malu kepada Allah SWT.
Semakin tinggi rasa malu seseorang kepada Allah SWT, semakin terjaga ia dari perbuatan salah, semakin terpelihara ia dari makanan haram, dan semakin ingat ia akan kefanaan dunia yang melenakan. Sebaliknya, semakin hilang rasa malu pada seseorang, semakin tak terkawal perilakunya, semakin terbiasa dengan makanan haram, dan semakin lupa dengan akhirat.
Nabi Muhammad SAW pernah menjelaskan bahwa memelihara rasa malu kepada Allah SWT akan mendatangkan kebaikan, baik bagi orang yang memeliharanya maupun bagi orang lain. Sabda beliau, ''Malu tak akan datang kecuali dengan kebaikan.'' (HR Muslim dari Imran ibn Husein). Dengan kata lain, rasa malu akan mendidik seorang Muslim untuk menjaga perilaku, sikap, maupun ucapan.
Menurut dalam Kitab Jawahir Alhadits, rasa malu merupakan sesuatu yang mencegah seorang Mukmin dari perbuatan dosa lantaran takut kepada Allah SWT. Ada ataupun tidak ada orang lain yang melihat, ia tetap berpegang pada keyakinan bahwa Allah SWT senantiasa mengawasinya. Dia akan sentiasa menyedari bahawa tak ada satu ruang pun yang luput dari pengamatan Allah SWT.
Sedangkan kalau malu hanya pada pandangan manusia, maka hal itu akan melahirkan manusia-manusia yang bersikap munafik. Di depan banyak orang, dia akan bersikap baik, santun, ramah, dan sebagainya. Begitu tidak terlihat banyak manusia, dia akan berkhianat, korupsi, menyengsarakan orang lain, serta melakukan kejahatan lainnya.
Rasa malu merupakan identiti bagi setiap Muslim. Rasulullah SAW bersabda, ''Bagi setiap agama ada akhlak. Akhlak agama Islam adalah malu.'' (HR Malik dari Zaid ibn Thalhah). Ertinya, rasa malu merupakan bahagian yang tak boleh terpisahkan dari diri setiap Muslim.
Begitu hilang rasa malunya, maka hilang pula keperibadiannya sebagai seorang Muslim. Ia akan terbiasa berbuat dosa, baik terang-terangan maupun tersembunyi. Maka ianya wajar jika Rasulullah SAW murka terhadap orang yang tak punya rasa malu.

Hidup sihat ala Rasulullah



Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :
 

 SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyihatkan perasaan
 
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
 
TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan
 
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar,
medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
 
TIDAK PEMARAH Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
 
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
 
TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka jauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

sekian 
Walhualam

1 jawapan untuk 3 soalan





3 SOALAN YANG MENCABAR MINDA
   Ada seorang pemuda yang telah lama belajar di luar negara dan baru kembali
ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang
tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa
sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,
seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-
pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan
menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang
pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada
saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke
neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat
syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan
tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan
keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya
atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh
saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk
menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga
terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan
menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Wednesday 30 November 2011

Cantik Luar,Cantik Dalam,Cantik Dengar Sini.

 
 KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.


Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.


Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.


Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.


Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:" Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik .


Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.


Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.


Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.


Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.


Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri