Tuesday 6 October 2015

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.


Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".
Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:
"Ya Rasulullah!
Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"
Akasyah tidak, menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.
Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada
sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.
Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. samp
aikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .
Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami
wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".
Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam
keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".
Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.
MasyaAllah...bertapa hebatnya kisah Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun dah dikirim dan dibaca sblm ini, tp air mata masih mengalir bila membacanya..

Sunday 4 October 2015

Kenapalah aku malas sembahyang.






Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah, 
Hidup senang rezeki datang melimpah, 
Nak dirikan solat, rakan baik setan suruh lengah-lengah, 
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah. 
Apasal laa aku malas sembahyang, 
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, 
Bukan ke lebih baik daripada tiang, 
Berdiri tanpa roh malam dan siang. 
Apasal laa aku malas sembahyang, 
Kerja dah best keluarga pun dah senang, 
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang, 
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang. 
Apasal laa aku malas sembahyang, 
Allah kasi otak supaya aku tak bangang, 
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang, 
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang, 
Apasal laa aku malas sembahyang, 
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang, 
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang, 
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!! 
Apasal laa aku malas sembahyang, 
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang, 
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang, 
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. 
Apasal laa aku malas sembahyang, 
Seksa neraka cubalah aku bayang, 
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, 
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!! 


Allah Maha Pengampun




Di zaman Nabi Musa As, ada seorang fasik yang suka melakukan kejahatan. Penduduk negeri tersebut tidak mampu lagi mencegah perbuatannya, lalu mereka berdoa kepada Allah SWT. Maka Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa As untuk mengusir pemuda itu dari negerinya, agar penduduk tidak lagi tertimpa bencana. Lalu keluarlah pemuda tersebut dari kampungnya dan sampai di suatu kawasan yang luas, dimana tidak ada seekor burung atau manusia pun disitu,

Selang beberapa hari pemuda itupun jatuh sakit. Merintih ia keseorangan, lalu berkata "Wahai tuhanku. Kalaulah ibuku.ayahku dan istriku yang berada di sisiku sudah tentu mereka akan menangis melihat waktu akan memisahkan aku dengan mereka ( mati )."

Andai kata anak-anakku ada di sisiku pasti ia akan berkata "Ya Allah, ampunilah ayah kami yang banyak melakukan kejahatan sehingga ia diusir dari kampungnya ke tanah lapang yang tidak berpenghuni dan keluar dari dunia menuju akhirat dalam keadaan putus asa dari segala sesuatu kecuali Rahmat-Mu ya Allah"



Akhirnya sekali pemuda itu berkata' " Ya Allah, janganlah Kau putuskan aku dari rahmat-Mu. sesungguhnya Engkau maha berkuasa terhadap sesuatu." Setelah berkata maka matilah pemuda itu, kemudian Allah SWT kembali mewahyukan kepada Nabi Musa As, dalam firmannya,"Pergilah kamu ke tanah lapang ada disana seorang wali-Ku telah meninggal,. Mandikan .kafankan dan sembahyangkanlah dia."

Setiba di sana Nabi Musa As mendapati yang mati itu adalah pemuda yang di usirnya dulu. Lalu Nabi Musa As berkata "Ya Allah, bukanlah dia ini pemuda fasik yang Engkau suruh aku usir dahulu." Allah pun berfirman kepada Nabi Musa " Benar. Aku kasihan kepadanya disebabkan rintihan sakitnya dan berjauhan dari kaum keluarganya, Apabila seseorang yang tidak mempunyai saudara mati, maka semua penghuni langit dan bumi akan menangis karena kasihan kepadanya, Oleh karena itubagaimana Aku tidak mengasihinya sedangkan aku adalah zat Yang Maha Penyayang diantara Penyayang."

Asy-Syibli (kisah para Wali)




Keluarga Abu Bakr Dulafi Bin Jahdar (Jaafar Bin Yunus) Asy-Syibli berasal dari Khurasan, tetap ia sendiri dilahirkan di Baghdad atau Samarra. Ayahnya adalah seorang pemuka istana dan ia sendiri diangkat untuk mengabdi kepada negara. Sebagai Gabenor Demavend ia dipanggil ke Baghdad untuk dilantik dan di kota inilah ia berrtaubat kepada Allah. Sebagai salah seorang sahabat Junaid, ia menjadi seorang tokoh terkemuka di dalam peristiwa Al-Hallaj yang menghebohkan itu. Namanya menjadi aib kerana tingkah lakunya yang eksentik, tingkah laku yang menyebabkan ia dikirim ke sebuah rumah sakit gila. Asy-Syibli meninggal dunia pada tahun 334 H/ 846 M dalam usia 87 tahun.


Sudah berapa hari lamanya, baik di waktu siang mahupun di waktu malam, Syibli menari-nari di bawah sebatang pohon sambil meneriakkan, "Hu, Hu."


"Apakah ertinya semua ini?" sahabat-sahabatnya bertanya.


"Merpati hutan yang berada di atas pohon itu meneriakkan `ku, ku`, maka aku pun mengiringinya dengan `hu, hu`," jawab Syibli.


Diriwayatkan bahawa merpati hutan itu tidak menghentikan `ku, ku`nya sebelum Syibli menghentikan `hu, hu`nya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sewaktu Syibli berada di kota Baghdad, ia berkata :


"Kita memerlukan wang 1000 dirham untuk membeli kasut bagi orang-orang miskin yang hendak pergi ke tanah suci."


Seorang pemuda beragama Kristian berdiri dan berkata :


"Akan ku berikan wang sebanyak itu dengan satu syarat, iaitu engkau akan membawaku bersama."


"Anak muda," jawab Syibli, "engkau tidak boleh menunaikan ibadah haji."


"Kamu tidak mempunyai keldai. Anggaplah aku sebagai keldai dan bawalah aku pergi," jawab pemuda itu.


Akhirnya berangkatlah mereka dan pemuda Kristian itu menyertai mereka, dengan gigih melayani segala keperluan mereka.


"Bagaimanakah keadaanmu anak muda?" tanya Syibli.


"Aku sedemikian senang memikirkan bahawa aku dapat menyertai kamu sehingga aku tidak dapat tidur," jawab pemuda itu.


Pemuda Kristian itu membawa sebatang penyapu. Setiap kali mereka beristirehat di sebuah persinggahan ia segera menyapu lantainya dan mencabut semak-semak yang tumbuh di tempat itu. Ketika sampai di tempat di mana setiap orang harus memakai pakaian ihram, dilihatnya apa yang dilakukan oleh orang-orang lain dan ditirunya perbuatan mereka itu. Akhirnya sampailah mereka ke Kaabah.


Syibli berkata kepada pemuda Kristian itu :


"Dengan mengenakan tali pinggang itu aku tidak mengizinkan engkau memasuki Masjidil Haram."


Pemuda itu merebahkan kepalanya ke pintu Masjidil Haram dan mengeluh.


"Ya Allah, Syibli mengatakan bahawa ia tidak mengizinkan aku ke dalam rumahMu."


Seketika itu juga terdengarlah sebuah seruan :


"Syibli, Kami telah membawanya dari kota Baghdad dengan mengobarkan api cinta di dalam dadanya, dengan rantai cinta Kami telah menyeretnya ke rumah Kami. Syibli, berilah jalan kepadanya! Dan engkau sahabat, masuklah."


Pemuda Kristian itu masuk ke dalam Masjidil Haram untuk ikut melaksanakan ibadah haji. Kemudian barulah teman-teman seperjalanannya masuk. Setelah selesai mereka pun keluar dari Masjidil Haram tetapi pemuda itu masih ada di dalam.


"Anak muda, keluarlah!" Syibli berteriak.


"Dia tidak mengizinkan aku keluar dari sini," terdengar jawapan pemuda itu. "Setiap kali aku hendak keluar pintu tertutup. Bagaimanakah nasibku nanti?"


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketika ajalnya hampir tiba, pandangan mata Syibli nampak murung. Dimintanya abu, kemudian ditaburkannya abu itu ke atas kepalanya. Ia sangat gelisah.


"Mengapakah engkau segelisah ini?" sahabat-sahabat bertanya.


"Aku sangat iri kepada Iblis," jawab Syibli. "Di sini aku duduk dalam dahaga tetapi Dia memberi kepada yang lain. Allah telah berfirman : Sesungguhnya laknatKu kepadamu sehingga hari Kiamat" (Q.S. 38 : 78)


"Aku iri kerana Iblislah yang mendapat kutukan Allah iu, padahal aku pun ingin menerima kutukan itu. Kerana walaupun berupa kutukan, bukankah kutukan itu dari Dia dan dari kekuasaanNya? Apakah yang diketahui oleh si laknat itu mengenai nilai kutukan itu? Mengapa Allah mengutuk pemimpim-pemimpin kaum Muslim dengan membuat mereka memijak mahkota di atas singgahsanaNya? Hanya ahli permatalah yang mengetahui nilai permata. Jika seorang raja mengenakan gelang manik yang diperbuat dari kaca atau kristal, nampaknya sevagai permata. Tetapi jika pedagang sayur yang menempah cincin benar-benar dari batu permata dan mengenakannya di jarinya, cincin itu nampak sebagai manik yang diperbuat dari kaca."


Setelah itu, beberapa saat Syibli terlihat tenang. Kemudian kegelisahannya kembali semula.


"Mengapakah engkau gelisah lagi?" tanya sahabat-sahabatnya.


"Angin sedang berhembus dari dua arah," jawab Syibli. "Yang satu angin kasih sayang dan yang lainnya kemurkaan. Siapa saja yang terhembus angin kasih sayang maka tercapailah harapannya, dan siapa saja yang terhembus angn kemurkaan maka tertutuplah penglihatannya. Kepada siapakah angin itu akan bertiup? Apabila angin kasih sayang itu berhembus ke arahku kerana harapan yang akan tercapai itu, maka aku dapat menanggung segala penderitaan dan jerih payah ini. Apabila angiin kemurkaan berhembus ke arahku, maka penderitaan ini tidak ada ertinye dbandingkan dengan bencana yang akan menimpa diriku nanti."


Selanjutnya Syibli menyatakan :


"Tidak ada yang lebih berat di dalam batinku daripada wang satu dirham yang ku ambil dari seseorang secara aniaya, walaupun untuk itu aku telah bersedekah saribu dirham. Batinku tidak memperolehi ketenangan. Berilah aku air untuk bersuci."


Sahabat-sahabatnya membawa air dan menolong Syibli bersuci, tetapi mereka lupa menyapukan air ke janggutnya dan Syibli terpaksa mengingatkan hal itu kepada mereka.


Sepanjang malam itu Syibli melagukan syair berikut :


Bagi setiap rumah yang Engkau ambil sebagai tempatMu.




Tiada faedahnya pelita untuk menerangi.




Ketika umat manusia harus menunjukkan,




Bukti-bukti mereka kepada Si Hakim dan Raja,




Maka bukti kami, di negeri yang menggentarkan itu, adalah




Keindahan wajahMu yang selalu kami harapkan




Orang-orang telah berkumpul untuk melaksanakan solat jenazahnya. Ia sedang menghadapi ajalnya, tetapi ia masih mengetahui segala sesuatu yang terjadi di sekeliling dirinya.


"Sungguh aneh!" Syibli berrkata. "Orang-orang mati telah datang untuk mensolatkan seorang yang masih hidup."


"Katakanlah : Tiada Tuhan melainkan Allah," mereka berbisik kepada Syibli.


"Kerana tidak sesuatu jua pun selain daripada Dia, bagaimanakah aku dapat mengucapkan sebuah penyangkalan," jawabnya.


"Tidak ada sesuatupun yang dapat menolongmu, ucapkanlah syahadah," mereka mendesak Syibli.


Kemudian seseorang menguatkan suara untuk mendesak Syibli.


"Telah datang pula seorang mati untuk membangunkan seorang yang hidup," kata Syibli.


Beberapa saat berlalu. Kemudian mereka bertanya kepada Syibli :


"Bagaimana halmu?"


"Aku telah kembali kepada Kekasih," jawab Syibli.


Setelah itu ia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saturday 3 October 2015

Bila kita Mati





Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
.
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
.
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
.
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!