Wednesday, 19 June 2013

Tok Kenali

Nama Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Makkah’. Di samping mengajar, Tok Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan.

Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama. Tok Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “Mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”.
Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tok Kenali serta tokoh-tokoh ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tok Kenali datang dari merata tempat terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu. Menurut sumber yang boleh dipegang, Tok Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku.
Telah menjadi satu kebiasaan baginya, bila hendak pergi mengaji Al Quran, dia akan letakkan sebotol air putih di tepi pintu di sebelah dalam rumahnya. Sepulangnya dari rumah guru mengaji yang terletak berhampiran rumahnya, dia akan duduk dekat botol air itu sambil merenung ke lantai. Kemudian dengan berdakwatkan air dari dalam botol itu, dia menulis dengan jari di atas lantai papan. Begitulah caranya seorang anak yang mempunyai nama timangan ‘Awang’; yang baru berusia sekitar enam tahun ketika itu, berusaha menghafaz ilmu yang baru dipelajarinya. Awang memang dianugerahi ALLAH kepintaran di samping mempunyai sifat ingin tahu dan ingin maju yang kuat. Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar saja, dia dapat menulis dan membaca Al Quran dengan tajwid dan tartilnya. Dia keberatan apabila diminta oleh gurunya membaca ayat-ayat yang telah diajar. “Sudah kalih (sudah dapat),” katanya ketika ditanya.
Sambil senyum gembira, gurunya akan mengubah kepada ayat-ayat baru kerana ternyata muridnya yang bernama Mohd. Yusof itu cukup kuat ingatannya dan cerah otaknya. Kepintaran Awang Mohd Yusof menarik perhatian Tok Penggawa (penghulu yang pada masa itu sangat besar kuasanya) kampungnya, yang melantiknya menjadi kerani. Tugas Awang Mohd Yusof ialah membilang pokok buah-buahan orang kampung yang mengeluarkan hasil untuk dipungut sumbangannya yang diistilahkan sebagai cukai oleh pejabat Tok Penggawa. Walaupun tugas itu nampak mudah tetapi yang istimewa ianya dijalankan oleh seorang budak yang baru berusia 9 tahun. Kecemerlangan Awang Mohd Yusof dalam bidang ilmu pengetahuan tidak berakhir di situ. Kerana tidak lama kemudian dia meninggalkan jawatan kerani untuk memenuhi cita-citanya melanjutkan pelajaran ke Kota Bharu.
Dari situlah bermulanya perjalanan hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun termasuk 17 tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir. Dan sebaik pulang dari perantauan menuntut ilmu, mulalah beliau menyumbang bakti kepada masyarakat ramai khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Menyedari peri pentingnya menyebarkan ilmu secara yang tersusun dan berkesan, beliau membuka dua pusat pengajian pondok di kampung kelahirannya, Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau mengasuh dan mendidik, hingga melahirkan tuan-tuan guru yang turut berjuang dengan membuka pondok-pondok pengajian di tempat masing-masing. Sejak itu masyhurlah seorang ulama berbadan gempal, bermisai, berjanggut serta berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebagai seorang wali ALLAH dengan gelaran Tok Kenali.

Dalam masa yang sama Tok Kenali mendapat bimbingan awal datuk sebelah ibunya, yang dikenali dengan nama Tok Leh, seorang imam kampung yang alim. Datuknya itulah yang mula-mula sekali mengajarnya menulis dan membaca Al Quran selepas kematian bapanya Ahmad, seorang petani warak. Sejak itu bermulalah Mohd. Yusof bin Ahmad yang akhirnya masyhur dengan gelaran Tok Kenali itu, hidup yatim ketika baru berusia lima tahun (tahun 1873). Beliau terus dididik dan diasuh oleh datuknya Tok Leh dan beberapa orang tuan guru kampung dengan iringan doa dan harapan ibunya. Dengan kecerdasan akal yang dikurniakan kepadanya, Tok Kenali deras dalam menghafaz dan memahami apa saja ilmu yang dipelajari. Sewaktu usianya mencapai 10 tahun, Tok Kenali mendapat restu ibu dan datuknya untuk mengaji agama di bandar Kota Bharu.Kejayaan Tok Kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan doa ibunya, seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai seorang yang mulia di sisi agama. Asuhan awal ibunya berjaya menanamkan bibit-bibit sifat mulia pada diri beliau hingga sifat-sifat itu menjadi pakaian dirinya sampai beliau dewasa.
Tok Kenali terpaksa berulang-alik sejauh lapan batu pergi balik dari Kampung Kenali ke bandar Kota Bharu dengan berjalan kaki. Di Kota Bharu, beliau belajar dengan beberapa orang tuan guru; antaranya Encik Ismail bin Mahmud (pernah menjadi kadhi), Tuan Guru Haji Ibrahim bin Yusof (pernah menjadi Mufti Kelantan), Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Mohd Salleh (terkenal dengan gelaran Tuan Tabal), Tuan Guru Haji Muhammad (yang terkenal dengan gelaran Tuan Padang), dan beberapa orang tuan guru lain. Dalam masa beberapa tahun sahaja beliau dapat membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah, Syarh Ibnu ‘Uqail, Al Fiyyah dan Matamimah, yang semuanya berhubung dengan nahu saraf. Beliau juga khatam banyak kitab dalam jurusan tauhid, feqah, tasawuf dan lain-lain. Kebolehan dan kepintaran Tok Kenali telah memikat hati Haji Salleh Janggut sehingga mendorongnya untuk menjodohkan anak perempuannya, Mek Nik, dengan Tok Kenali. Tok Kenali berkahwin ketika baru berusia 16 tahun. Tetapi perkahwinan atas kehendak orang tua itu berlangsung selama setahun sahaja, diikuti dengan perceraian.
Di sebalik peristiwa itu ada hikmah yang besar. Tok Kenali mempunyai cita-cita besar dan hasrat yang terpendam untuk mendalami ilmu di Makkah. Dengan berkat dorongan ibunya, yang membekalkannya wang 22 ringgit, dan galakan dari kawan-kawan, Tok Kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar ketika berusia 18 tahun (sekitar tahun 1886). Pelayaran ke Makkah dengan kapal layar yang sepatutnya memakan masa tiga bulan itu tergendala kerana kapal mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa 6 bulan untuk tiba di Makkah. Ketika sampai di Makkah, musim haji telah berakhir. Di Makkah, hampir tujuh bulan pertama Tok Kenali tiada tempat tinggal tetap, hanya menetap di Serambi Masjidil Haram. Dan sesudah mempunyai tempat menginap, beliau masih gemar beriktikaf, bermutalaah, belajar dan tidur di masjid.
Tok Kenali mula hidup sederhana; pakaiannya hanya dua pasang, kerapkali makan berlaukkan ikan kering, sedikit tidur dan sering tidur berbantalkan lengan. Beliau juga membuat kerja-kerja sambilan untuk menyara belanja pengajiannya, termasuk menjadi Tokang masak. Beliau dikatakan menjadi Tokang masak di rumah seorang hartawan. Menurut ceritanya, hartawan itu menerima Tok Kenali berkhidmat dengannya kerana terpikat dengan kerajinan dan kehalusan akhlak beliau. Dan hartawan itu dikatakan berasal dari Kelantan dan bermukim di Makkah. Falsafah hidup Tok Kenali di Makkah ialah: Berbelanja ketika penuh saku, berhenti ketika tangan kosong. Nikmat Allah melebihi bilangan rambut wajib disyukuri.
Peringkat awal beliau hanya menumpang kitab kawan, membaca di kedai-kedai buku dan di maktabah (perpustakaan) dan di rumah-rumah kawan. Memang Tok Kenali amat gemar membaca. Sikap itu sangat disenangi oleh gurunya, sehingga dapat pula Tok Kenali meminjam kitab-kitab kepunyaan gurunya. Tetapi bila ada wang, beliau tidak sayang-sayang membeli sebanyak-banyak kitab. Tok Kenali belajar dengan ramai tuan guru dari kalangan ulama-ulama besar di Makkah. Antara gurunya yang berbangsa Arab ialah Al ‘Alamah Syeikh Habibullah dari Mesir, Al ‘Alamah Syeikh ‘Abid, Mufti Al Malikiah, Al ‘Alamah Syeikh Muhammad Amin, imam bagi Mazhab Hanafi, Al ‘Alamah Syeikh Bakri, Al ‘Alamah Syeikh Mohd. Yusof Al Khiadh dan Al ‘Alamah As Sayid Abdullah bin Sayid Saleh As Zawawi, Mufti Makkah. Dan di antara guru-gurunya yang berbangsa Melayu iajah Asy Syeikh Mukhtar ‘Athar Al Jawi Al Minangkabawi Al Bukri (Bogor), Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al Minangkabawi, Asy Syeikh Muhammad bin Ismail Al Fatani, Tuan Guru Haji Wan Ah’ Kutan, Tuan Guru Haji Mohd. Daud. dan Al ‘Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Mustaffa Al Fatani. Guru pencurah ilmu biar seribu, mursyid biar satu. Dari pada semua gurunya itu, guru dan pembimbing Tok Kenali yang utama ialah Al ‘Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani, yang juga menjadi bapa angkatnya. Syeikh Wan Ahmad ini seorang ulama besar yang banyak mengarang kitab serta menjadi pentashih kepada banyak kitab karangan ulama Jawi, khususnya kitab-kitab karangan ulama Pattani. Syeikh Ahmad Fatani ialah anak saudara kepada Al ‘Alamah Asy Syeikh Daud Al Fatani menerusi nasab ayahnya Muhammad Zain yang abang kepada Syeikh Daud.
Syeikh Daud ialah ulama terkemuka di Nusantara, pembawa amalan Tareqat Syatariah. Beliau mengarang lebih daripada 50 buah kitab termasuk kitab Furu’il Masail dan Darussamin. Kerana kehalusan budinya, Syeikh Daud mendapat gelaran ‘Al Alim al ‘Alamah al ‘Arif al Rabbani Asy Syeikh Daud. Berkat ramainya ulama hebat yang menjadi guru kepada Tok Kenali semasa di Makkah maka beliau muncul sebagai seorang ulama yang pakar dalam berbagai jurusan ilmu khususnya nahu saraf dan tasawuf. Malah dalam jurusan feqah, beliau alim empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sangat arif tentang perjalanan mazhab ikutannya iaitu Mazhab Syafi’i.
Di bidang tasawuf, Tok Kenali adalah pengikut aliran tasawuf Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, manakala di bidang tauhid, beliau berpegang dengan aliran tauhid ulama usuluddin yang terkemuka, Imam Abu Hassan Asyaari dan Abu Mansur Al Maturudi. Setelah 17 tahun di Makkah, Tok Kenali bersama gurunya Syeikh Wan Ahmad Al Fatani, melawat Mesir. Kedatangan mereka menjadi buah mulut khususnya di kalangan para pelajar. “Ulama besar sedang membuat kunjungan di Mesir,” begitu dihebohkan oleh orang ramai. Diriwayatkan, bila mereka berjalan di dalam kumpulan, biasanya Tok Kenali yang berbadan besar itu disuruh oleh tuan gurunya berjalan di depan, dan bila saja bertemu orang yang mengajukan pertanyaan, maka Syeikh Wan Ahmad biasanya akan berkata kepada Tok Kenali, “Awang Yusof, sila jawab.”
Tok Kenali juga sering diberi peluang menjawab soalan-soalan dalam majlis pengajian gurunya itu. Semua soalan dijawabnya dengan tepat dan padat sehingga nama Tok Kenali segera terkenal di kalangan penuntut-penuntut di Mesir. Secara langsung Tok Kenali diiktiraf sebagai ulama terkemuka di kalangan cerdik pandai Mesir. Turut bersama dalam rombongan lawatan sambil belajar itu ialah Haji Mahmud Ismail dan Haji Ismail Fatani. Dalam rombongan itu Tok Kenali bertindak sebagai pengurus perjalanan bagi pihak tuan gurunya.
Walaupun hanya lima tahun di Mesir, Tok Kenali banyak menimba ilmu dan pengalaman di negara yang mempunyai ramai ulama dan terkenal dengan Universiti Al Azhar itu. Tidak lama selepas kembali semula ke Makkah, Tok Kenali mengambil keputusan pulang ke tanahair. Keputusan itu dibuat berdasarkan rasa hatinya bahawa segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi telah mencukupi untuk beliau mencurahkannya kepada umat Islam di tanahairnya sendiri. Sementelahan pula gurunya yang disayangi Syeikh Wan Ahmad Al Fatani telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1325 Hijrah (1906). Tok Kenali berkata, “Jika masih ada Syeikh Ahmad tentu aku tidak pulang lagi (ke Kelantan).”
Demikian ikrabnya hubungan Tok Kenali dengan gurunya itu. Maka pada tahun 1327 Hijrah bersamaan 1908 Masihi, Tok Kenali pun pulang ke Kelantan. Beliau pulang dengan kapal layar menempuh pelayaran yang mencabar, menyusur hingga ke Singapura, kemudian terus ke Kelantan. Berita kepulangannya segera meniti dari mulut ke mulut. Orang ramai heboh memperkatakan, “Awang Yusof sudah kelik.” Beliau disambut meriah oleh sanak-saudara dan kawan-kawan. Beliau tinggal bersama ibunya di Kampung Paya dalam daerah Kenali. Pada tahun berikutnya, dengan dorongan kuat ibunya, barulah Tok Kenali mengadakan kelas pengajian terbuka untuk orang ramai di rumahnya. Dari hari ke hari, anak muridnya bertambah ramai. Mereka mendirikan pondok-pondok kecil di sekeliling rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau, sembahyang berjemaah, berwirid dan beramal. Dalam masa yang sama, Tok Kenali mengajar di Masjid Al Muhammadi di Kota Bharu, yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi. Beliau berpegang kepada falsafah bahawa dakwah, tarbiah dan ilmu perlu disebarluaskan kepada orang ramai. Masa mengajarnya dalam seminggu dibahagi-bahagikan: tiga hari di Masjid Al Muhammadi dan empat hari di pondoknya di Kampung Paya. Kemudian ibunya jatuh sakit dan kembali mengadap ALLAH Azzawajalla, meninggalkan anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya dan gigih berjuang mengembangkan ilmu ke tengah masyarakat.
Selepas kematian ibunya, atas permintaan Datuk Perdana Menteri, Tok Kenali berpindah ke Kota Bharu untuk mencurahkan sepenuh tenaganya sebagai tenaga pengajar utama di Masjid Al Muhammadi bersama dengan Haji Nik Abdullah, Haji Idris dan beberapa orang tuan guru lain. Sejak itu, di sekeliling masjid itu semakin padat dengan pondok-pondok kecil yang didiami oleh pelajaj-pelajar yang datang dari merata tempat dan negeri. Tok Kenali memainkan peranan penting menjadikan masjid itu sebuah pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur di Tanah Melayu ketika itu.
Nama Tok Kenali semakin masyhur sebagai tuan guru yang mahir dalam ilmu nahu dan saraf serta tasawuf. Beliau juga menguasai ilmu tafsir, Hadis, tauhid, feqah dan sebagainya. Tok Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab; cukup sekadar mendengar salah seorang anak muridnya membaca, kemudian beliau akan syarahkan dan betulkan jika ada bacaan yang silap. Ternyata beliau sangat arif tentang matan dan syarah kitab-kitab yang diajarnya.
Antara kitab-kitab yang dijadikan teks pengajiannya ialah Ihya Ulumiddin karya Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al Palem-bangi dan kitab Hikam karangan Ibnu Ato’illah. Setelah 23 tahun hidup sebatang kara, barulah Tok Kenali mencari pasangan hidup ketika umurnya melebihi 40 tahun. Orang pilihannya bernama Siti Ruqayah, seorang janda muda berusia 18 tahun. Berkat perkahwinan yang bahagia itu, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Anak-anak lelaki beliau semuanya muncul sebagai tuan guru.
Mereka adalah: Tuan Guru Haji Ahmad, anak sulung yang sempat mendapat bimbingan ilmu dari ayahnya. Beliau terkenal dengan gelaran Tok Bakok kerana rumah tempat tinggalnya di Kenali bersebelahan dengan pondok penuntut-penuntut dari Siam yang terkenal dengan kota Bangkok. Tok Bakok menjadi tuan guru utama di pondok peninggalan ayahnya. Tuan Guru Haji Salleh, anak Tok Kenali yang paling lama belajar di Makkah dan terus bermukim di sana serta mengajar di Masjidil Haram. Beliau seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan risalah mengenai berbagai persoalan agama. Tuan Haji Mahmud, anak ketiga Tok Kenali, seorang yang tidak kurang juga ilmunya, menjadi khatib tetap di masjid peninggalan ayahnya di Kubang Kerian.

Beliau mengasaskan semula pondok pengajian di tapak baru ini dengan susunan yang lebih kemas baik dari segi pembangunan lahir, lebih-lebih lagi isi tarbiah dan ta’limnya. Tok Kenali mahu pondok pengajiannya di Kenali itu benar-benar berkesan dari segi ilmu, tarbiah dan perjuangan kepada anak-anak muridnya. Beliau mahu sistem pengajian pondok yang merupakan trend pengajian paling popular pada waktu itu terus berkembang. Ini yang diperjuangkan oleh Tok Kenali.Tuan Haji Abdullah Zawawi, anak bongsu Tok Kenali yang mendapat didikan di Makkah sehingga ke peringkat menengah tinggi dan seterusnya memasuki Kuliah Syariah di salah sebuah universiti di Makkah selama empat tahun dan lulus pada tahun 1961, kemudian berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai pegawai pendidikan dan pernah menjadi pengetua beberapa buah sekolah menengah Arab di Saudi. Lima tahun selepas mengajar dan memimpin kelas pengajian di Masjid Muhammadi, Tok Kenali mengambil keputusan pulang ke kampung untuk menghidupkan semula pondok yang telah ditinggalkannya dahulu. Kali ini beliau memilih tapak baru di Kampung Belukar, yang juga dalam daerah Kenali, tidak jauh dari Kampung Paya.
Sistem pengajian pondok membolehkan terjalinnya hubungan rapat antara murid dan guru, serta mewujudkan sua-sana ilmu dan amal; menuntut ilmu bersama, sembahyang bersama dan melakukan lain-lain kegiatan hidup bersama. Pelajar-pelajar juga dapat mencontohi perilaku mulia tuan guru mereka dalam menjalani kehidupan sehari-hari di samping menggalakkan mereka hidup berdikari untuk menyelesaikan keperluan hidup. Benarlah kata-kata: “Ilmu itu adalah satu kemuliaan yang disanjung oleh orang yang mulia dan tinggi cita-cita. Di mana ada ilmu, di situ ada penuntutnya.” Begitulah Tok Kenali, di mana beliau berpindah, akan dituruti pula oleh anak-anak murid lamanya dan bertambah pula dengan penuntut baru yang datang dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Selatan Thailand dan anak-anak Kelantan sendiri.
Di antara anak-anak murid Tok Kenali yang terkemuka ialah: Syeikh Idris Al Marbawi dari Perak, pengarang dan ulama terkenal (penyusun Kamus Marbawi); Syeikh Othman Jalaluddin, guru pengasas pondok yang warak dan juga seorang pengarang kitab, berasal dari Penanti; Haji Sallehuddin, Pulau Pinang; Haji Tam, Kedah; Tuan Guru Haji Othman (Pak Man), Bukit Besar; Tuan Guru Ahmad Lundang, Haji Ahmad Tawang; Haji Nor Bot; Haji Ali, Pulang Pisang; Haji Mat Jebang; Tuan Guru Haji Awang Yusof pembangun pondok di Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kota Bharu; Tuan Guru Haji Daud bin Haji Omar, Bukit Abal, ahli tasawuf dan tareqat yang terkemuka; Tuan Guru Haji Yaakub bin Ismail, Legor, Selatan Thailand, Tuan Guru Haji Zainal Abidin Sura, Dungun, Terengganu, dan ramai lagi anak murid Tok Kenali yang hebat-hebat daripada ribuan murid beliau.
Di antara pesanan penting yang disampaikan oleh Tok Kenali kepada murid-murid kanannya ialah, “Mu buka pondok.”
Syeikh Othman Jalaluddin (1880-1952), murid pembantu kanan di Pondok Kenali, mengadu kepada gurunya Tok Kenali, mengapa beliau dua kali gagal dalam usahanya membangunkan pondok. Tok Kenali berkata: “Mu gi ngaji lagi, lepas tu buka pondok.”
Dengan nasihat itu, Syeikh Othman, yang sebelum itu pernah mengaji di Makkah selama 4 tahun, pergi melanjutkan pelajaran lagi ke Tanah Suci dan belajar dengan beberapa orang guru. Beliau kemudian sempat mengajar di Masjidil Haram untuk beberapa waktu sebelum akhirnya pulang ke tanahair, dan pada tahun 1932 beliau berjaya membangunkan sebuah pondok pengajian yang terkenal di Penanti, Bukit Mertajam iaitu Madrasah Manabi’ul Ulum. Menjelang akhir hayatnya beliau sekali lagi pergi ke Makkah dan meninggal dunia di sana pada tahun 1952. Dengan berkat kata-kata Tok Kenali yang sering menggalakkan anak-anak muridnya membuka pondok, maka mercup tumbuhlah pondok-pondok pengajian dengan pesat sekali. Walaupun pondok-pondok pengajian sudah wujud sebelumnya, Tok Kenalilah orang yang menyemarakkan kebangkitan pondok sebagai satu institusi pengajian Islam paling berpenga-ruh di negara ini pada sekitar dua dekad awal abad ke-20 itu. Selain menubuhkan Pondok Tok Kenali, beliau juga menjadi pengasas Jamiatul Asriyah di Kota Bharu.
Pendidikan Pondok Tok Kenali
Tok Kenali menekankan teknik menghafaz pelajaran terutamanya nahu saraf yang menjadi ibu bagi memahami kitab-kitab Arab. Begitu dengan balaghah, bada’i, bayan dan arudh. Baginya, ilmu itu ialah apa yang difahami dan diingati di dada, bukan semata-mata dalam tulisan di kitab. Penekanan ini mendorong anak-anak muridnya bertungkus-lumus menghafaz terutamanya pada malam-malam sepi di pondok penginapan masing-masing. Ramai muridnya berkata, “Berkat Tok Kenali, mudah kami menghafaz pelajaran.” Pelajaran-pelajaran yang perlu dihafal biasanya ditulis dengan tulisan tangan oleh Tok Kenali sendiri, dan kemudian beliau pula yang mentasmikan hafalan murid-muridnya itu. Namun Tok Kenali tidak pernah memarahi pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran atau tidak mampu menghafaz. Kerana cerdik dan bodohnya seseorang itu semuanya pemberian ALLAH SWT. Tok Kenali terus berusaha mendidik dan mengajar. Sewaktu mengajar, Tok Kenali selalunya tidak bawa kitab. Cukup dengan mendengar salah seorang muridnya membaca, kemudian disyarahkan dan dibetulkan di mana yang silap. Kelaziman ini membuktikan bahawa beliau sangat arif tentang semua matan dan syarah kitab-kitab yang diajarnya. Stail ini sukar ditiru oleh tuan-tuan guru lain.
Untuk membolehkan murid-muridnya mengulangkaji ilmu dan menghaluskan lagi pemahaman, Tok Kenali mewujudkan halaqah-halaqah belajar di kalangan mereka. Setiap satu halaqah kecil itu ada seorang pelajar yang lebih pandai dilantik menjadi ketua mutalaah atau dipanggil ketua talaah. Kaedah ini kemudian begitu popular di kalangan pelajar-pelajar pondok di merata tempat.
MENDAPAT PERKHABARAN GHAIB
Perkara luar biasa yang dimiliki oleh Tok Kenali ialah beliau dikurniakan ALLAH SWT hatif yakni perkhabaran ghaib secara kerohanian bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang payah-payah. Kedudukan ini rendah sedikit daripada mereka yang mendapat kasyaf. Ini satu lagi karamah Tok Kenali. Pernah Tok Kenali mengajar jam 12 tengah malam di suatu padang sampai berembun-embun menjelang Subuh. Murid-murid tertentu saja yang dibenarkan hadir. Pengajian itu lebih berbenTok soal jawab (dialog). Apabila ada soalan yang tidak dapat dijawabnya, Tok Kenali akan berkata, “Tunggu sekejap ya.” Lalu Tok Kenali memberi salam selaku orang berbual dalam telefon, dan kelihatan memberi perhatian (mendengar) kepada sesuatu dan kadang-kadang mengangguk. Kemudian baru beliau beralih kepada murid yang bertanya dan menjawab soalan tadi, seumpama “Oh, wajib hukumnya”, “Halal”, “Makruh” dan sebagainya mengikut benTok soalan yang diajukan.
Dari situ memperlihatkan bahawa Tok Kenali mempunyai pertalian kerohanian yang bersih sehingga menghasilkan idea yang bernas. Pada keseluruhannya Tok Kenali berpegang kepada cara pendidikan rohaniah yang dilagang oleh Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Ini dapat dilihat pada teks pengajian tasawufnya yang kebanyakannya karangan Imam Al Ghazali. Beliau juga mengajar kitab Hikam karangan Ibnu Ato’illah yang banyak membicarakan perjalanan hati dan para wali. Tok Kenali mempunyai syahsiah yang tinggi dan dengan itu menjadi contoh teladan kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya, baik dalam bidang ibadah, akhlak atau bidang-bidang hidup lain yang lebih halus.
KITAB-KITAB PENGAJIAN
Semua kitab yang menjadi teks pengajian di Pondok Kenali adalah kitab-kitab yang muktabar karangan ulama-ulama aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara ini dipastikan sendiri oleh Tok Kenali supaya anak-anak muridnya tidak terpesong daripada pegangan Islam yang sebenar dan dengar itu mendatangkan keberkatan.
Antara kitab-kitab itu ialah:
Tauhid: antaranya Matan Al Jauharah Al Tauhid karya Imam Ibrahim Al Laqani, Matan As Sanusiyah karya Imam Muhammad bin Yusof As Sanusi, kitab Aqidah An Najin karya Tuan Minal (Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani) dan seterusnya kitab-kitab yang lebih besar seperti Darus Samin dan lain-lain.
Feqah: di antaranya ialah kitab Matan Safinah An Naja, Fathul Qarib, At Tahrir dan Al Iqna’. Tok Kenali juga mengajar kitab-kitab besar seperti Al Majmu’ dan Al Umm, kitab induk Imam Syafi’i r.a. (Dua orang daripada murid Tok Kenali dikatakan ada berusaha menterjemahkan kita Al Umm ini).
Tasawuf: di antaranya kitab Bidayah Al Hidayah karangan Imam Al Ghazali r.a., Ayyuha Al Walid juga karangan Imam Al Ghazali, Hidayah As Salidin (syarah kitab Bidayah Al Hidayah) karangan Syeikh Abdul Samad Al Palimbangi, Sims As Salikin (intisari kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali) juga karangan As Syeikh Abdul Samad Al Palimbangi, dan tidak ketinggalan kitab Al Hikam karangan Ibnu Ato’illah.
Tafsir: antaranya Tafsir Jalalain karangan Jalaluddin Al Mahalli dan Jalaluddin As Sayuti, Tafsir ‘Ala Al Jalalain dan Tafsir Al Khazin bertajuk Lubab At Ta’wil Fi Ma’ani At Tanzil. Bahasa Arab (terutamanya nahu saraf): antara kitab-kitab-nya ialah Matan Al Ajirrumiyah, Matan Al Bina, Syafh Ibnu ‘Uqail, Matan Al Fiyyah dan syarahnya. Seterusnya kitab Usymuni dan Mughni Al Labib karangan Ibnu Hisyam.
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Ketika Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mula mengura-urakan penerbitan sebuah majalah Islam, yang dicadangkan oleh Tok Kenali, maka Datuk Perdana Menteri tidak nampak orang lain untuk menggerakkan majalah itu melainkan Tok Kenali sendiri. Oleh itu dengan inisiatif Tok Kenali sebagai tenaga penggerak utamanya, lahirlah sebuah majalah bulanan yang dipanggil Pengasuh pada 11 Julai 1918. Tok Kenali, selaku Ketua Pengarang Kehormatnya, banyak menghasilkan artikel untuk majalah itu yang sebahagian daripadanya telah dikeluarkan semula dengan ulasan oleh Ustaz Abdullah Qari dalam buku karangannya, Pusaka Tok Kenali.
Dalam keluaran sulung majalah Pengasuh, Tok Kenali antara lain membuat saranan berikut:
“…maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana (Islam).”
Saranan Tok Kenali itu menunjukkan beliau menyedari pentingnya umat Islam memiliki dan menguasai media massa sebagai alat menyampaikan mesej Islam ke tengah masyarakat. Selain menjadi tenaga penggerak Pengasuh, Tok Kenali juga adalah penasihat dan penulis untuk sebuah lagi majalah Islam, Al Hidayah. Dalam bidang penulisan ilmiah, Tok Kenali telah berusaha menterjemahkan kitab Al Umm dan tafsir Al Khazan walaupun terjemahan kedua-dua kitab itu tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Usaha penterjemahan itu adalah atas permintaan Sultan Kelantan sendiri menerusi surat bertarikh 15 April 1929 kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bagi memenuhi keperluan pelajar peringkat rendah, Tok Kenali menyusun kitab pelajaran nahu saraf (Tasrif) yang kemudiannya diterbitkan oleh muridnya Tuan Guru Haji Ali Solehuddin dengan judul Ad Durus Al Kunaliyah Al Ibtidaiyah dan kitab Tasrif ‘Arf yang disusun oleh muridnya, Syeikh Othman Jalaluddin. Di samping mempelopori penerbitan majalah Pengasuh, Tok Kenali juga menerbitkan risalah pelajar (buletin) Talamiz.
Menurut Ustaz Abdullah Qari dalam bukunya Sumbangan Tok Kenali Kepada Dunia Ilmu, Tok Kenali adalah juga pengarang kepada kitab Khasiat Bintang-bintang dan Mujarrabat yang menggunakan nama pena Awang Kenali. Tok Kenali juga banyak menulis cerita-cerita teladan, cerpen serta syair. Banyak daripadanya dihimpun dan diterbitkan semula oleh Ustaz Abdullah Qari di bawah tajuk, antaranya, 12 Cerpen Tok Kenali dan Tok Kadhi dan Tok Guru. Dan banyak lagi hasil tulisan Tok Kenali, atau karya murid-muridnya yang diambil daripada idea beliau, yang tidak dapat disenaraikan dalam ruangan yang terhad ini.
PERANAN DALAM PEMERINTAHAN
Di samping mengajar dan mendidik, Tok Kenali juga melibatkan diri dalam urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bahkan semasa majlis ini hendak ditubuhkan pada tahun 1916, Tok Kenali telah diminta membantu menyusun undang-undang tubuhnya. Beliau juga turut terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat. Kanun itu masih dipakai sehingga ke hari ini.
Dalam masa yang sama, Tok Kenali juga menjadi Ahli Majlis (Dewan) Ulama yang merupakan badan ulama tertinggi dalam negeri Kelantan. Beliau ditugaskan sebagai Ketua Pelajaran Agama (menyamai jawatan Penolong Mufti). Dengan itu baik secara rasmi mahupun tidak, pendapat-pendapatnya sering diterima untuk dilaksanakan oleh pemerintah negeri yang diketuai oleh sahabatnya, Haji Nik Mahmud bin Ismail yang berjawatan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar). Datuk Perdana Menteri pernah datang menemui Tok Kenali dan bertanya, “Tok guru, apa jalan untuk kita memajukan bandar kita, adakah dengan membuat banyak-banyak kedai perniagaan?”
Menurut cerita cucunya YB Haji Mawardi Hj Ahmad yang penulis temui, ketika Datuk Perdana Menteri datang, Tok Kenali sedang dimandikan oleh muridnya di kolah belakang masjid Kenali. Tok Kenali bangun ingin menghormati ketua negeri itu tetapi sahabatnya Datuk Perdana Menteri itu berkata, “Tak payah, tak payahlah.” Lalu dengan spontan Tok Kenali berkata, “Datuk buka sekolah banyak-banyak, insya-ALLAH di situ akan wujud kedai-kedai, bangunan-bangunan dan maju dengan ramai orang.”
Mendengar jawapan itu, Datuk Perdana Menteri pun balik dan mengambil keputusan melaksanakan saranan yang mulia itu. Maka sejak itu lahirlah banyak sekolah agama dan juga sekolah kebangsaan di merata tempat dalam negeri Kelantan. Hasilnya amat nyata, dengan adanya sekolah, bidang-bidang lain turut wujud dan membangun. Dengan kata lain, pembangunan lahiriah terhasil dengan sendirinya bila telah wujud pembangunan rohani yang bermula dari pendidikan. Dampingan Tok Kenali dan Datuk Perdana Menteri itu merupakan gandingan di antara ulama dan umarak yang amat perlu bagi sesebuah negara yang bercita-citakan Islam. Segala keputusan berkaitan pemerintahan adalah berdasarkan pendapat dan keputusan ulama. Kebetulan mereka berdua adalah sahabat yang sealiran dalam cita-cita.
Baginda Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali sebagai seorang ulama besar. Bagindalah yang menitahkan supaya Tok Kenali menterjemahkan kitab induk Al Umm karangan Imam Syafi’i dan kitab tafsir Al Khazan. Kepercayaan ini diberi berdasarkan kemampuan besar Tok Kenali. Cuma penterjemahan kitab panjang berjilid-jilid ini tidak dapat disiapkan dalam masa hayat beliau. Istimewanya, walaupun Tok Kenali rapat dengan kerajaan dan raja yang memerintah, namun beliau tidak pernah tunduk kepada sebarang benTok maksiat yang dilakukan oleh penguasa dan orang ramai. Beliau hanya terlibat dalam soal-soal kebaikan sahaja, dan sentiasa berusaha menghapuskan maksiat. Dengan kata lain, Tok Kenali tidak menjadi ulama pengampu yang mengiyakan apa saja yang dibuat oleh pemerintah demi menjaga kedudukan dan periuk nasi. Tok Kenali tidak akan hadir sama sekali dalam majlis-majlis maksiat termasuk majlis walimah (kenduri kahwin) yang bercampur maksiat sekalipun ia turut dihadiri oleh orang-orang besar kerajaan. Orang ramai sangat memahami serta malu dengan sikap dan pendirian Tok Kenali ini.
AKHLAK DAN AMALAN KEROHANIAN
Tok Kenali terkenal sebagai orang yang sangat menghormati ibu, dan sentiasa memohonkan restu ibunya untuk membuat sesuatu pekerjaan baru yang besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Beliau sentiasa merendah diri, sangat pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Beliau juga seorang yang zuhud. Baginya dunia ini hanya daki yang akan ditinggalkan pada bila-bila masa saja. Dalam hidup bermasyarakat, beliau tidak pernah menolak jemputan atau hajat orang ramai kecuali uzur. Satu sifat mulia Tok Kenali, jika orang terjumpa sesuatu barang kepunyaannya terjatuh atau tertinggal maka beliau tidak mahu menerimanya jika orang itu ingin memulangkan semula kepadanya. Kejadian ini acap kali berlaku. Tok Kenali akan berkata, “Ambil ket mu lah tu, rezkimu.”
Ada tidak pun, murid-muridnya jika hendak memulangkan sesuatu milik Tok Kenali, ianya dipulangkan melalui Mak Haji, panggilan bagi Hajah Ruqayah, isteri Tok Kenali. Begitulah kehalusan budi pekerti Tok Kenali, yang merupakan hasil daripada amalan tareqat dan penghayatan ilmu tasawuf yang diselaminya daripada kitab-kitab besar karangan ulama-ulama muktabar seperti Al Imam Ghazali, Ibnu Ato’illah dan Syeikh Abdul Samad Al Palimbangi. Daripada kitab-kitab yang dijadikan teks pengajiannya dalam ilmu tasawuf, dapatlah difahami bahawa Tok Kenali menerima amalan-amalan rohaniah yang melibatkan tawassul, wasilah dan soal-soal tareqat. Persoalan ini terdapat dalam kitab-kitab Ihya Ulumuddin, Sirrus As Salikin dan Hikam.
Di samping mengamalkan tarekat (Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Idris), Tok Kenali juga banyak mengamalkan selawat nabi s.a.w, melazimkan bacaan surah Al Ikhlas dan doa yang disusun oleh Imam Ghazali dalam bertajuk Ayyuhal Walad (Wahai Anak). Doa ini agak panjang dan tidak dapat diperturunkan di sini. Begitu juga dengan selawat susunan Tok Kenali. Banyak lagi amalan peninggalan Tok Kenali termasuk amalan yang menyebut “Oh, Oh, Oh” dan “Hu, Hu, Hu” yakni bermaksud “Huwa, Huwa, Huwa” atau “Dia Allah… Dia Allah… Dia Allah… Dia Allah… Dia Allah.”
KARAMAH TOK KENALI
Banyak cerita tentang karamah Tok Kenali sudah diselit-selitkan secara tidak langsung dalam tulisan ini namun masih banyak lagi kejadian pelik yang benar-benar berlaku ke atas diri Tok Kenali sebagai seorang wali ALLAH itu.
Antaranya adalah seperti berikut:
Tok Kenali membenci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran orang zaman itu. Satu hari, riuh-rendah orang ramai berpesta meraikan kemenangan kerbau laga milik Tok Deramin. Kerbau itu dipakaikan baju berhias. Kebetulan bertembung dengan Tok Kenali, lalu beliau bertanya, “Kenapa dipakai-pakai macam ni?”
Orang di situ menjawab secara mempersenda, “Kerbau itu panas.” Tok Kenali pun membalas jawapan itu dengan berkata, “Biar dia panas.” Dan pada malamnya rumah Tok Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus.
Ada seorang yang menjala ikan tak dapat-dapat sebarang jenis ikan, lalu bertembung dengan Tok Kenali. Tok Kenali pun memegang-megang sambil menepuk-nepuk jalanya itu. Selepas itu orang itu menjala dengan sekali campak (tebar) saja sudah dapat banyak sungguh ikan. Pernah berlaku beberapa kali anak muridnya mendapati Tok Kenali menyeberangi sungai tanpa dilihat melalui jambatan ataupun menaiki perahu. Cerita ini amat panjang. Dan Tok Kenali pula berjalan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan.
“Beliau nampak berjalan macam biasa saja tetapi selalunya beliau sampai dulu seolah-olahnya dunia ini sempit baginya,” cerita murid-muridnya.
Dalam satu majlis jamuan buah-buahan, seorang daripada hadirin menyambut biji durian yang dikulum oleh Tok Kenali, seraya berkata, “Tok guru, yang ni hamba hendak buat benih.” Ternyata pokok durian yang ditanam dari biji benih yang berkat itu tumbuh begitu subur dan menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi serta lazat.
Tok Kenali dikatakan ada firasat yang benar. Ini dapat dibuktikan dengan ramalannya yang betul-betul berlaku. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Takutilah firasat orang Mukmin kerana dia melihat dengan nur (cahaya) ALLAH.” Pernah Tok Kenali memberitahu, “Jepun akan menjajah Tanah Melayu.” Ternyata lapan tahun selepas beliau kembali ke rahmatullah, bangsa bermata sepet itu masuk menguasai Tanah Melayu.
Tok Kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana banjir besar akan melanda Kelantan. Beliau berkata, “Aku ada alamat akan berlaku bah besar. Kerana itu kamu bersiap sedialah…” Setahun kemudian berlakulah bah besar seperti yang dikasyafkan kepada Tok Kenali itu yang terkenal dengan ‘bah merah’, yang tertera dalam catatan sejarah penting negeri Kelantan; berlaku pada 26 Disember 1926. Ia dinamakan ‘bah merah’ kerana airnya terlalu keruh berwarna kemerah-merahan. Air Sungai Kelantan melimpahi tebing dan menenggelamkan bandar Kota Bharu, hingga 12 hari baru surut. Banyak jiwa terkorban, binatang ternak mati, tanam-tanaman musnah dan rumah serta bangunan-bangunan rosak. (Beberapa hari selepas berlaku bah besar ini, berlaku pula kebakaran besar di Kota Bharu.)
Pada satu hari secara tiba-tiba Tok Kenali memanggil Tuan Haji Taib Kangkong, seorang murid tua yang pandai menyembelih. “Haji Taib, mana golok sembelihanmu?” tanya Tok Kenali. “Asah golok itu!” tambah Tok Kenali. Haji Taib memang mengetahui tiada binatang yang hendak disembelih lalu terlanjur lidahnya untuk bertanya, “Mana kambing, Tok Guru?”
“Asahlah golok itu, insya-Allah,” balas Tok Kenali.
Sesudah siap Haji Taib mengasah golok, tiba-tiba datang dua tiga orang membawa kambing masing-masing dan diserahkan kepada Tok Kenali.
“Ha, sembelihlah kambing-kambing ni,” arah Tok Kenali kepada murid tuanya yang cukup akur dengan perintah gurunya itu.
Setelah umurnya melebihi 60 tahun, Tok Kenali semakin uzur sehingga akhir-akhir hayatnya beliau terlantar di rumah kerana dihinggapi sakit patah jentang; berkudis di kaki kiri hingga berlubang merobok. Sakit tak terhingga. Tetapi Tok Kenali terus sabar dan tenang. Lubang kudisnya semakin membesar dan di dalamnya hidup ulat-ulat kudis. Satu hari sedang Tok Kenali mandi di tepi telaga pondoknya, ulat itu terjatuh, lalu beliau memanggil muridnya Haji Muhammad Gelang Tok Uban.
“Mat cepat mari, ayah panggil,” jerit Hajjah Ruqaiyah yang berada di sisi suaminya itu. Haji Muhammad segera mendapatkan Tok guru kesayangannya itu.
“Cepat Mat, selamatkan saudaraku, dia terjatuh ke dalam lubang lalu menghilang,” arah Tok Kenali, meminta muridnya itu mencari ulat itu dan memasukkan semula ke dalam lubang di kakinya. Ulat itu ditemui lalu Tok Kenali sendiri yang memasukkannya ke dalam lubang kudis di kakinya itu.
“Tok guru, biar hamba buang ulat di kaki Tok guru,” pinta muridnya agar tuan gurunya segera sembuh. Tok Kenali yang sudah rasa dirinya tidak akan lama lagi berada di dunia fana itu berkata perlahan-lahan, “Biarlah dia hidup, dia mahu makan seperti kita manusia juga.” Peristiwa ini mengingatkan kita kepada ujian yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s. yang sabar menanggung derita sakit kudis penuh badan hingga berulat. Tidak lama kemudian sakit Tok Kenali menjadi berat. Beliau berbaring tidak mengeluarkan apa-apa perkataan lagi. Anak-anak dan isteri berada di sekelingnya. Cucunya YB Haji Mawardi menceritakan satu peristiwa sahih yang beliau dapat secara langsung dari ayahnya sendiri.
Tuan Haji Ahmad Bakok, anak sulung Tok Kenali. Cerita-nya begini: Sewaktu masing-masing berada di sekeliling Tok Kenali yang berbaring tanpa berkata apa-apa, Tuan Guru Haji Ahmad Bakok duduk di sebelah belakang ayahnya (bantal baring Tok Kenali ditinggikan). Suasana hening seketika. Pada masa itu Tuan Guru Haji Ahmad mendengar kalimah Allah…, Allah…, Allah…, Allah…, Allah…, Allah…, Allah…. dari dalam diri ayahnya. Tuan Guru Haji Ahmad bergerak ke samping tetapi dilihat mulut ayahnya sedikit pun tidak bergerak sedangkan kalimah Allah…, Allah…, Allah… terus kedengaran. Haji Ahmad sedar hati ayahnya hidup dengan lafaz mulia yang terang sampai didengar oleh telinganya. “Ini cerita sahih daripada ayah saya,” cerita YB Haji Mawardi kepada penulis. Di saat-saat begitulah Tok Kenali kembali menemui Kekasihnya yang tercinta Allah Azzawajalla pada bulan Syaaban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 berusia 65 tahun. Kembalinya ulama berjiwa sufi yang dikenang jasa-jasa peninggalannya dan menjadi suri teladan kepada generasi kini.
Tok Kenali pandai dan rajin memasak khususnya beberapa jenis masakan Arab seperti kebab. Selalu juga saya diminta menolongnya memasak dan apabila siap dia panggil ramai-ramai makan. Untung juga kami kerana dapat menumpang makan masakan Arab. Masakan Melayu pun dia pandai.”
Begitulah antara keistimewaan peribadi Tok Kenali menurut pandangan Haji Mohd Nor atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Nor Bot, 87 tahun. Beliau menjadi murid Tok Kenali selama kira-kira 20 tahun. Sejak berumur dalam lingkungan 19 tahun, Tok Ayah Nor Bot menjadi anak murid Tok Kenali selama 10 tahun di Pondok Kenali, Kubang Kerian dan 10 tahun lagi di Masjid Al Muhammadi, Kota Bharu. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama 7 tahun bersama Tuan Guru Haji Ahmad, anak sulung Tok Kenali. Semasa di Makkah, Tok Ayah Nor Bot (Bot ialah nama tempat beliau dilahirkan) tidak dapat lagi mengikuti perkembangan perjuangan Tok Kenali. Namun beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Tok Kenali sebagai murid kanan. “Hamba rasa dia (Tok Kenali) macam ayah hamba sendiri,” kata Tok Ayah Nor Bot ketika ditemui di rumahnya.
Beliau berkata Tok Kenali pandai mengajar dengan cara yang mudah difahami oleh murid walaupun matapelajaran rumit seperti nahu, saraf, tafsir. Murid-muridnya pula sentiasa mendapat galakan dan bersemahgat serta bersungguh-sungguh mentelaah dan menghafaz sehingga larut malam. “Ramai di antara kami berlumba-lumba menghafaz ilmu terutamanya nahu saraf,” tambah Tok Ayah Nor Bot dengan senyum berseri-seri. Kemudiannya beliau berjaya membuka pondok di kampungnya, Bot, Kelantan. Ini pun atas galakan Tok Kenali.

Susunan program hidup itu memudahkan Tok Kenali memenuhi hajat-hajat orang ramai pada masa lapangnya. Beliau tersangat suka membesarkan pemberian orang dan sentiasa memenuhi jemputan bagi menggembirakan hati orang ramai (kecuali jemputan kenduri kahwin yang ada maksiat). “Tok Kenali yang saya kenali itu tidak pernah menolak pemberian orang ramai. Kalau musim buah-buahan, silih berganti orang menziarahi beliau untuk memberi buah-buah kadang-kadang berguni-guni banyaknya. Saya selalu mengikuti beliau untuk tolong membawanya ke pondok dan dibahagi-bahagikan kepada kami semua. Kadang-kadang Tok Kenali menolong beli barang-brang keperluan penduduk pondok apabila ia keluar ke pasar. Anehnya apabila balik dia bawa bakul penuh dengan berisikan ikan, sayur-sayur yang diberikan oleh peniaga-peniaga pasar. Begitulah selalunya. Kemudian dia bagi-bagikan.”“Tok Kenali mengajar pada sebelah pagi selepas Isyrak sehingga hampir Zuhur. Pada sebelah malam, tuan-tuan guru lain pula mengambil alih mengajar. Selalu juga Tok Kenali tidak berjemaah sembahyang fardhu Isyak kerana beliau menunaikan sembahyang Isyak pada waktu tengah malam dan diikuti dengan sembahyang Tahajjud, berwirid dan membaca Al Quran, kadang-kadang sehingga Subuh, dan terus berjemaah Subuh bersama kami,” cerita Tok Ayah mengingati zaman silamnya bersama Tok guru yang disayanginya.
Menurut Tok Ayah lagi, walaupun Tok Kenali tidak suka memarahi muridnya, lebih-lebih lagi merotan, namun semua muridnya sangat malu dan terlalu menghormati beliau. Beliau juga disegani kawan dan digeruni lawan.
“Ramai juga musuhnya yang tidak senang dengan peribadi dan perjuangan yang tidak baik di belakang beliau. Anehnya tak seorang pun sanggup untuk berdepan dengan beliau. Ini mungkin barangkali satu daripada karamah Tok Kenali yang berjuang sungguh-sungguh membangunkan pondok,” jelas Tok Ayah lagi.
Mengenai penerbitan majalah Pengasuh, Tok Ayah tidak begitu pasti kerana pada masa itu dia di Makkah. Tetapi apa yang dia tahu, majalah itu diterbitkan oleh Datuk Perdana Menteri dan digerakkan oleh Tok Kenali. Peranan Tok Kenali dalam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan terlalu besar. “Dalam setiap mesyuarat, Tuan Mufti Haji Idris selaku pengerusi tetap bertanya kepada Tok Kenali sebagai rujukan terakhir dalam semua masalah sama ada penting atau tidak,” tambah beliau.
Demikian kegigihan serta kebijaksanaan serta tarbiah-tarbiah lisan, tulisan dan contoh teladan yang diberikan, menjadikan Tok Kenali seorang pemimpin masyarakat dan tuan guru yang berwibawa. Beliau berjaya melahirkan murid-murid dan ulama-ulama yang berjiwa sufi serta mampu mengendalikan pondok-pondok di tempat masing-masing. Tok Kenali, seorang tokoh pejuang, pemimpin dan guru kepada ribuan murid dan pengikut dari merata tempat di Nusantara ini.

Siapa Al Hallaj


MUNGKIN ada di antara kita yang masih tertanya-tanya : “Kalau begitu mengapa pula Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman mati? Barangsiapa mengenal sejarah Islam, pasti mengenal kata-kata “Ana Al-Haq”. Kata-kata ini sendiri, sebenarnya sudah menggoda keawaman, apalagi kesolehan seorang Muslim. Terlebih lagi ketika ia terkait pada riwayat dan kisah-kisah Mansur Al-Hallaj seorang Sufi besar
Dia pada mulanya mendapat pengiktirafan daripada Ulama’ sezamannya. Ini kerana beliau seorang pengibadat yang sangat handal. Beliau seorang yang kuat sembahyang (solat) dan sentiasa berpuasa setiap masa.
Tetapi apabila beliau mendakwa bahawa dirinya adalah hak, beliau dipandang serong dan kafir oleh beberapa ramai Ulama’.
Beliau berkata : “Saya adalah Haq”, di mana di dalam bahasa Arab disebut “Ana Al-Haq” atau disebut dalam bahasa Inggeris “I am the truth”. Ungkapan itu ditafsirkan bahawa beliau menganggap zat Allah berada dalam diri.
Dengan berfalsafah sebegitu rupa, Al-Hallaj dipenjara dan disebat. Beliau kemudian disalib selepas dipotong tangan dan kakinya. Malah mayat beliau dibakar dan abunya dihanyutkan ke sungai Dajlah. Sedang kepalanya dibawa ke Khurasan untuk selanjutnya dipersaksikan oleh ummat, Islam dan sejarahnya.
Begitulah kekuasaan, masa itu, dinasti Abbasiah memuas dirinya dengan kematian Mansur Al-Hallaj.
Seorang lagi Sufi besar iaitu Syeikh Al-Syibli berkata bahawa meskipun beliau sendiri dan Abu al-Mughith al-Husain mengeluarkan kata-kata yang sama (Ana Al-Haq), tetapi beliau dibiarkan begitu sahaja kerana orang menyangkanya gila, tetapi Abu al-Mughith al-Husain disalib kerana orang menganggap dia bukan gila dan bijak pula.
Mansur Al-Hallaj, menerima pendidikan dan asuhan pertamanya daripada ‘Alim Sahal Ibn ‘Abdullah seorang Sufi besar yang terkenal.
Sesudah menguasai berbagai cabang pengajaran ia mengembalikan perhatiannya kepada Sufisme. Di sinilah ia menerima pengolahan rohaniah Syeikh Abul Hussain Al-Nuri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Syeikh Umar Ibn Uthman.
Dan adalah dari gurunya yang terakhir, Al-Hallaj yang tersohor itu menerima suatu alamat yang semakin berkembang sedemikian kuat dalam dirinya, sehingga ia mulai dengan gelap mata mengucapkan hal-hal yang memperkosa perintah-perintah syariat. Gurunya telah beberapa kali melarang Al-Hallaj mengucap ucapan-ucapan yang bertentangan dengan syariat itu, tetapi sia-sia; sehingga Al-Hallaj akhirnya diperintahkan meninggalkan perguruannya itu.
Begitulah Al-Hallaj meninggalkan Basra dan kembali ke Baghdad, masuk kembali ke perguruan (khanqah) Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Tetapi juga di sini Al-Hallaj mulai lagi mengucapkan ucapan-ucapannya yang mengungkapkan rahsia Ketuhanan walaupun ia telah dilarang gurunya.
Pada suatu hari Syeikh Junaid berkata,
“Hei, Mansur, tidak lama lagi, suatu titik dari sebilah papan akan diwarnai oleh darahmu!”
“Benar”, kata Al-Hallaj, “Tetapi dalam hal yang demikian, engkau juga akan melemparkan pakaian Kesufianmu dan mengenakan pakaian Maulwi – Ana Al-Haq”. Kedua ramalan itu secara harafiah menjadi kenyataan.
Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya dan ia kembali meneriakkan “Ana Al-Haq”. Dan begitulah ia terus, sering tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun tetap tidak mempan. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya “Ana Al-Haq” pada waktu-waktu istirehat. Lalu bangkitlah kaum Ulama’ syariat melawan Al-Hallaj dengan mendapat dukungan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan “Fatwa Kufur”, menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.
Ketika keadaan yang sebenarnya itu akhirnya diajukan untuk mendapat persetujuan Khalifah Muqtadir-Billah, beliau menolak memberikan persetujuannya. Kecuali, kalau Fatwa itu ditandatangani oleh Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Fatwa itu kemudiannya enam kali dikirim kepada Syeikh Junaid, tetapi kembali tanpa tandatangannya. Khalifah, untuk ke tujuh kalinya mengirimkan Fatwa itu disertai permintaan khusus agar ia menjawab “ya” atau “tidak”. Menghadapi hal itu, guru yang besar itu membuang pakaian Kesufiannya, dan mengenakan jubah ke-Ulama’-annya ia menulis pada surat jawabannya :
“Menurut hukum syariat, Al-Hallaj dapat dijatuhi hukuman mati; tetapi menurut ajaran-ajaran rahsia kebenaran, Tuhan adalah maha tahu!”.
[Irshadat : Syeikh Muhammad Ibrahim, Iran - Mempunyai nama jolokan, "Gazur-i-Ilahi" (the washerman of God - tukang cuci Tuhan)]
Diceritakan bahawa Al-Hallaj sebelum disalib, beliau bersembahyang (solat) dan berdoa dengan berkata :
“Mereka adalah hamba yang berhimpun, sangat dahaga untuk membunuh ku kerana agama Kau, dan untuk mendapatkan keredaan Kau, maka ampunkan mereka wahai Tuhan ku, dan memberi rahmat kepada mereka, kerana jika Kau membuka kepada mereka seperti Kau membuka kepada ku, mereka tidak akan melakukan seperti yang mereka sedang lakukan sekarang, dan jika Kau tutup pada ku seperti Kau tutup pada mereka, aku tidak akan menghadapi malapetaka ini, baiklah apa
yang Kau lakukan dan baiklah apa yang Kau mahukan.”
Begitulah berakhirnya hidup Al-Hallaj dan beberapa Ulama’ dan ahli Sufi lain yang hidup dalam abad ke-8 sehingga ke abad ke-14.
Tentang kes Al-Hallaj ini bukanlah menjadi rahsia lagi. Kisahnya telah diketahui umum. Ia mempunyai kekuatan dan daya tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai di mana-mana ia berada. Seperti ahli-ahli Sufi yang lain beliau mengasihi keluarga Rasulullah SAW. Pada ketika itu keluarga Rasulullah SAW, bercita-cita untuk mengambil semula kuasa pemerintahan. Golongan Bani Abbas sudah pasti tidak merasa senang terhadap setiap tokoh seperti yang ada pada Al-Hallaj yang memberi sokongan dan simpati sepenuhnya kepada keluarga Rasulullah SAW. Oleh kerana da’ayah beliau begitu kuat tersebar luas, maka demi untuk menjaga “keamanan atau keselamatan negara” seperti yang selalunya dijadikan alasan oleh setiap yang tamakkan kuasa pastilah diambil tindakan segera.
Ramai Ulama’ dituduh murtad apabila tidak sehaluan!
Kes Al-Hallaj yang menerima hukuman bunuh bukan sekali-kali bersebabkan kerana isu agama tetapi semata-mata kerana politik. Memang menjadi perkara yang amat mudah bagi pihak yang berkuasa secara kuku besi untuk memutarbelitkan kenyataan dan kedudukan kes yang sebenar, membawakannya ke muka pengadilan, serta membuktikannya dengan sebilangan besar para saksi dusta, bahkan boleh mempengaruhi dengan wang dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsunya. Demikianlah kes Al-Hallaj. Tidak ada kaitan pun dengan masalah agama, walaupun telah cuba dikaitkannya. Semua kata-kata dan pendapatnya tidak ada dalam buku-buku atau kitab-kitab hasil dari tulisan tangan dan catitan penanya, dan setengah daripada kitabnya yang masih ada tidak menyokong dakwaan musuh-musuhnya.
Menurut neraca logik yang benar seorang jurubina tidak layak untuk memberi fatwa dalam bidang kajian perubatan atau ketabiban. Demikian juga seorang sasterawan dengan kesasterawannya tidak layak untuk memberikan fatwa dalam bidang senibina. Maka adilnya, tidaklah begitu mudah untuk membuat putusan hukum ke atas orang-orang seperti Ibnul ‘Arabi, Al-Hallaj, Ibnu al-Farid, Hamzah Fansuri, Syeikh Sitijenar, kalau orang-orang itu bukan dari ahli yang setaraf dengan mereka.
Pernah dikatakan kepada seorang dari para guru yang soleh lagi dihormati bahawa : Si polan telah mengkritik Ibnul ‘Arabi dalam sebuah majalah. Beliau mengatakan apakah layak seekor lipas untuk menilai amalan seekor singa? Memang ia tidak layak untuk menilai bahkan untuk memperkatakannya, kerana logik yang menjadi ukurannya adalah logik lipas.
Imam Al-Sya’rani sendiri menegaskan tentang kedudukan orang-orang yang memusihi Ibnul ‘Arabi bahawa penilaian dan hukuman mereka adalah penilaian dan hukuman nyamuk yang cuba menghembus gunung dengan tujuan untuk meruntuhkannya. Yang lenyap dibawa angin ialah si nyamuk walau bagaimana banyaknya, si nyamuk itu sedangkan gunung akan tetap kukuh di tempatnya yang menjadi pengimbang putaran dunia ini.
Pendapat yang benar dan penuh insaf ialah pendapat Imam Al-Sya’rani tentang kedudukan ahli Sufi umumnya dan Ibnul ‘Arabi khususnya :
“Demi umurku! Penyembah-penyembah berhala tidak berani untuk menjadikan Tuhan-Tuhan berhalanya itulah sebagai Zat Allah, sebaliknya mereka hanya mengatakan : “Kami tidak menyembahnya hanyalah semata-mata untuk menjadi perantaraan yang boleh memperdekatkan kami kepada Allah.” Betapa pula Tasauf ialah akhlak. Sesiapa yang semakin bertambah akhlak bererti semakin bertambah kejernihan hatinya. Semoga Allah meredhoi mereka sekalian.”
Biarlah kita sampai atau hampir sampai dahulu ke tarafnya, maka baharulah kita memberikan hukum. Maka hukuman kita itu nanti tidak akan berbeza dari hukuman para ” Ulama’” salaf.
Di bawah ini saya sertakan petikan ucapan-ucapan Al-Hallaj yang melampaui (unnatural) daripada pemikiran manusia biasa.
Mansur al-Hallaj : Sayings
“ana’l-Haqq – I am the Truth.”
(this is the saying which apparently earned al-Hallaj his martyrdom – al Haqq also means God)
Which means :
“Ana Al-Haqq – Aku adalah Kebenaran.”
(ini adalah pengucapan yang menyebabkan al-Hallaj dihukum bunuh – al Haqq juga bermaksud Tuhan)
* “You know and are not known; You see and are not seen.”
Which means :
“Kau tahu dan Kau tidak diketahui; Kau lihat dan Kau tidak dilihat.”
* “Your spirit mixed with my Spirit little, by turns, through reunions and
abandons. And now I am Yourself, Your existence is my own, and it is also my will.”
Which means :
“Semangat Engkau bercampur dengan semangat ku sedikit demi sedikit oleh pusingan (peredaran), melalui penyatuan semula dan perpisahan (tanpa rasa takut) dan kini aku adalah diri Mu, kebenaran Mu adalah aku sendiri dan ianya juga adalah kehendak ku (keupayaan).
* “I find it strange that the divine whole can be borne by my little human part, Yet due to my little part’s burden, the earth cannot sustain me.”
Which means :
“Aku mendapati suatu keganjilan yang seluruh kecintaan, boleh dilahirkan oleh tubuh ku yang kecil, sehinggakan disebabkan oleh bebanan yang kecil, bumi tidak dapat menanggung ku.”
* “I have seen my Lord with the eye of my heart, and I said : “Who are You?” He said : “You.”"
Which means :
“Aku telah melihat Tuhan ku dengan mata hati, dan aku berkata : “Siapa Kau?” Dia berkata : “Engkau.”"
* “I do not cease swimming in the seas of love, rising with the wave, then descending; now the wave sustains me, and then I sink beneath it; love bears me away where there is no longer any shore.”
Which means :
“Aku tidak berhenti berenang dalam lautan cinta, timbul bersama gelombang, kemudian turun ke bawah (go down). Kini gelombang menetapkan (support/maintain) aku, dan kemudian aku tenggelam dibawahnya. Cinta membawa aku pergi di mana tidak ada lagi pantai.”
Kata-kata yang cukup simbolik dan “mencarik adat”, serta di luar daripada pemikiran waras manusia biasa. Dengan penzahiran kata-kata sebegini jugalah beliau dituduh murtad dan kafir bagi mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan fahaman dan aliran Sufismanya yang penuh dengan mistik tradisional.
Bagi saya ucapan-ucapan beliau ini “is not tangible”, iaitu sesuatu yang tidak dapat dirasai oleh sentuhan. Tetapi ianya bukanlah khayalan dan terbukti kebenaran!
Saya juga tertarik dengan ulasan Syeikh Fariduddin ‘Attar seorang ahli Sufi dari Iran, pengarang kitab Tazkiratul-Auliya’, berkenaan dengan Al-Hallaj katanya :
“Alangkah sedihnya seorang Sufi yang agung ini (Al-Hallaj) tidak difahami oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata “Ana Al-Haq” (Akulah Yang Benar), tetapi kenapa seorang manusia yang mengucapkan kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu adalah diucapkan oleh orang-orang Sufi yang agung yang dalam keadaan “dzauk” (mabuk) Allah atau fana’ diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah. Atau dengan lain perkataan, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. Diri mereka itu telah “mati”.”
AKHIR sekali, kita boleh bertanya sekarang. Ada apa makna Mansur Al-Hallaj dengan “Ana Al-Haq” itu sampai naik ke tiang gantungan? Kekuatan apa gerangan yang telah menggebu Mansur Al-Hallaj? Kepentingan apa pula yang telah bermain sehingga pemerintah akhirnya membawa seorang Sufi sebesar itu ke tiang gantungan dan membakar mayatnya supaya ia pupus?
Jawapan terhadap pertanyaan tersebut, pertama-tama mungkin lebih bersifat sejarah, ketimbang yang lainnya. Tetapi tidakkah sejarah itu juga lautan Iman, ilmu dan hari depan?
Dapatkah Tuhan difahami tanpa sejarah?
Dapatkah Al-Quran, ilmu dan amalan berada di luar sejarah?
Wallahu ta’ala a’lam…….

Friday, 14 June 2013

Kenali Sifat Imam MAHDI

SIFAT MAHDI

78- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا عَلَى شِرَارِ النَّاسِ. (مسلم والإمام أحمد)

78- Dari Ibn Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak berlaku saat qiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)
(Muslim dan Imam Ahmad)

79- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي (وَفِي رِوَايَةٍ لِأَبِي دَاوُدَ: يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي). (الترمذي وأبو داود)


79- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak habis umur dunia ini sehingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku yang namanya menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan: "Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayahku")
(Tirmizi dan Abu Daud)

80- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ. (أبو داود)

80- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas,  hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan,  sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)

81- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَاءً يُصِيبُ هَذِهِ الْأُمَّةَ حَتَّى لَا يَجِدَ الرَّجُلُ مَلْجَأً يَلْجَأُ إِلَيْهِ مِنَ الظُّلْمِ فَيَبْعَثُ اللَّهُ رَجُلًا مِنْ عِتْرَتِي وَأَهْلِ بَيْتِي فَيَمْلَأُ بِهِ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الْأَرْضِ لَا تَدَعُ السَّمَاءُ مِنْ قَطْرِهَا شَيْئًا إِلَّا صَبَّتْهُ مِدْرَارًا وَلَا تَدَعُ الْأَرْضُ مِنْ نَبَاتِهَا شَيْئًا إِلَّا أَخْرَجَتْهُ حَتَّى يَتَمَنَّى الْأَحْيَاءُ وَالْأَمْوَاتُ أَنْ يَعِيشَ فِي ذَلِكَ سَبْعَ سِنِينَ أَوْ ثَمَانَ سِنِينَ أَوْ تِسْعَ سِنِينَ. (الحاكم)


81- Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman;  maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapang atau pun sembilan tahun."

IMAM MAHDI
Berdasarkan firman Allah:
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ   

47.18. Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?

Maka dalam kitab Alamat Kiamat oleh Syeikh Jalaluddin di antaranya dituliskan begini:

Ulama-ulama mengira bilangan huruf " baghtah " itu ialah sebanyak 1407 tahun. Ertinya tempoh berlaku kejadian alamat kiamat yang besar dengan turunnya ayat ini ialah 1407 tahun. Atas dasar inilah Imam Sayuti rahimahumullahu taala dalam kitabnya “Kasyaf” membuat ijtihad bahawa kedatangan Imam Mahdi (Mujaddid akhir zaman) sebagai satu tanda alamat kiamat yang besar itu ialah pada tahun 1407 Hijriah. Dengan kata lain, mujaddid itu akan lahir di awal kurun ke 15 Hijrah. Untuk menyaksikan benar tidaknya ijtihad ini, kita lihat pula apa kata lmam lbnu Hajar dalam kitab: Al Qaulul Mukhtasar fi ‘alamatif Mahdi Muntazar

tentang tanda-tanda hampir kedatangan Mahdi, berdasarkan hadis-hadis. Di antaranya ialah:

1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan banyak gempa.

2. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji. Orang-orang haji dirampas di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hinggalah mengalir darah di Jumrah.

ltulah antara yang disebut oleh lbnu Hajar sebagai tanda terdekat kemunculan Imam Mahdi.

Tentang perselisihan dan gempa bumi, memang sudah jadi perkara biasa saja dalam kehidupan kita hari ini. Selalu ada berita dalam akhbar berlakunya gempa bumi di negeri-negeri di dunia ini. Berita yang terbaru kita dengar ialah dua gempa bumi yang tiap- tiap salah satunya berlaku di Los Angeles (Amerika).

Tentang pertumpahan darah dan pembunuhan di musim haji pun nampaknya sudah bermula dan Insya-Allah rasanya akan berterusan. Ayatollah Khomeini telah mengisytiharkan yang Iran akan membalas dendam kepada Arab Saudi kerana membunuh orang Iran di musim haji yang lalu. Dari itu mungkin berlaku pada musim-musim haji yang akan datang. Sebab Iran yang menganut fahaman Syiah itu, memang berhajat untuk menawan Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah. 

Supaya bumi itu berada dalam pentadbiran mereka.Syiah menganggap hanya mereka yang layak memiliki Makkah, sebab hanya Syiahlah aqidah yang benar. Mazhab-mazhab lain salah dan kafir belaka. Atas keyakinan itulah Iran tunjuk perasaan di Makkah. Kemungkinan ini akan diulang di setiap musim haji. Kalaulah Arab Saudi atau sesiapa juga menentang maka akan berlakulah lagi pembunuhan dan pertumpahan darah. Untuk kejadian ini berlaku di Mina dan di Jumrah adalah tidak mustahil. Dan sekiranya terjadi demikian, maka itulah saat hampir munculnya lmam Mahdi. lnilah yang dikatakan oleh lbnu Hajar dalam Al Qaulul . Sebelum dia (Imam Mahdi) dibai’ah antara rukun dan maqam berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah (haji) dan berlakunyya rampasan orang haji di Mina.

Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka saya rasa Mujaddid kurun ke 15 ini ialah Imam Mahdi. Rasulullah S.A.W mengisyaratkan kedatangan Imam Mahdi dengan sabda baginda:

1.

Ertinya:
Jika tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadiian dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaiiman dan kekejaman. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).


2. 
عن عبد الله بنِ مسعودٍ رضي الله عنه : قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم لا تذهبُ الدنيا حتى يملك العربُ رجلٌ من أهل بيتي يواطِئُ اسمُهُ اسمي

Ertinya :
Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku. (Riwayat Abu Daud).


3. Sementara sepotong hadis yang lebih terkenal dengan nama Hadis Panji-panji bermaksud:

Dari Abdullah yang, berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda, dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka maka kedua mata .Rasulullah S.A.W berlinang airmata dan wajah baginda berubah, aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, ‘Kami ahlul-bait telah dipilihkan oleh Allah S.W.T akan akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama mereka panji- panji berwarna hitam setia meminta kebaikan tetapi mereka tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menolaknya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana la dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datanglah mereka walaupun mereka merangkak di atas salji. ” (Riwayat lbnu Majah).



4.

Ertinya:
Dari Abu Said Al Khudri dari Nabi S.A. W yang bersabda, “‘Di antara khalifah-khalifah kamu ialah seorang khalifah yang mencurahkan harta benda tanpa mengira-ngira. ” (Riwayat Muslim).



5.

Ertinya:
Dari Abu Said Al Khudri yang berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Mahdi ialah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ianya dipenuhi kezaliman dan kekejaman dan ia memerintah selama tujuh tahun. ” (Riwayat Abu Daud dan Hakim).


6.Dari kitab Ahlul Kahfi  yang ditulis oleh Muhammad Taisir Zibyan pada muka surat 24, terdapat hadis dari lbnu Abbas di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

Ertinya:
Ashabul Kahfi itu adalah pembantu-pembantu Al Mahdi.


Untuk mengetahui secara detail tentang Imam Mahdi, mari kita tengok dalam kitab Al Qaulul Mukhtasar fi alamatil Mahdi Al-Muntazar oleh lbnu Hajar.
 
Berikut adalah petikan Kitab:

Al Qaulul Mukhtasar Fi Alamatil Mahdi Al Muntazar oleh lbnu Hajar Al Haitami. Petikan ini, ialah sebahagian daripada kesimpulan (intipati) yang dibuat oleh Imam lbnu Hajar tentang Mahdi, berdasarkan hadis.


A. Sifat peribadi Imam Mahdi


1. Keturunannya ialah dari ahlil bait Rasulullah.

2. Nasab keturunannya ialah Sayidina Hassan bin Ali

3. Namanya Muhammad dan nama bapanya seperti nama bapa Rasulullah iaitu Abdullah.

4. Namanya seperti nama Rasulullah, tubuhnya seperti Rasulullah. Akhlaknya juga seperti akhlak Rasulullah dan gelaran yang diberikan ialah Abu Abdillah

5. Warna kulitnya warna Arab, saiz tubuhnya seperti tubuh Israel. Di pipi kanannya ada tahi lalat; seolah-olah bintang yang bercahaya. Keningnya lengkung, hidungnya mancung, giginya jarang dan renggang antara dua pehanya.

6. Umur Mahdi 40 tahun. Lama masa pemerintahannya menurut riwayat yang paling banyak dan paling masyhur ialah 7 tahun. Riwayat lain mengatakan 19 tahun beberapa bulan, ada yang kata 20 tahun, 40 tahun, 24 tahun dan riwayat lain daripada atas mengatakan 30 tahun.

7. Mahdi memakai serban di kepalanya. Ada malaikat di atas kepalanya dan menyeru, “Sesungguhnya inilah Mahdi, hendaklah kamu mengikut akannya.”

8. Menetap di Baitul Maqdis.

9. Imam Mahdi ialah umat Rasulullah menjadi seorang khalifah akhir zaman yang akan meraup harta dengan tangannya tanpa mengiranya.

10. Imam Mahdi akan keluar pada umat Rasulullah. Allah akan mengutusnya kekayaan bagi manusia. Umat dalam nikmat. Binatang ternak berkembang biak. Bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia membagi harta dengan saksama di kalangan manusia.

11. Dia merupakan safwatullah di kalangan makhluk.

12. Dia keluar pada bulan Muharram, menyerulah penyeru daripada langit, ketahuilah olehmu bahawa safwatullah dari kalangan makhluk ialah polan itu (Mahdi). Hendaklah kamu dengar dan taat padanya. Keluar Safiani sebelumnya.


B. Tanda-tanda (alamat-alamat) kedatangan Imam Mahdi


1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan banyak gempa.

2. Dia akan datang sesudah terbitnya bendera hitam di sebelah Timur.

3. Ada seruan daripada langit yang mengatakan sesungguhnya pemimpin kamu ialah polan itu (Mahdi).

4. Bila kamu melihat panji-panji hitam dari pihak Khurasan, hendaklah kamu mendatanginya sekalipun merangkak atas salji kerana pada mereka ada khalifah Allah.

5. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya hinggalah ke musim haji. Dirampas orang haji di Mina. Banyak berlaku pembunuhan hingga mengalirlah darah di Jumrah.

6. Sebelum dia dibai’ah antara rukun dan maqam berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah (haji) dan berlakunya rampasan orang haji di Mina.

7. Dia bersembahyang subuh di Baitul Maqdis bersama orang mukmin, tiba-tiba Nabi Isa turun. Dia mempersilakan Nabi Isa menjadi Imam. Nabi Isa meletakkan dua tangannya antara dua bahunya lantas berkata, “Ke depanlah, sembahyanglah, sesungguhnya bagi engkaulah (imam) sembahyang ini.”

C. Corak pemerintahan Imam Mahdi

1. Keluar manusia daripada pihak timur menyerahkan kekuasaan untuknya.

2. Membangunkan urusan agama di akhir zaman secara keseluruhan sepertimana didirikan oleh Rasulullah di awalnya.

3. Hidup manusia bersamanya sebagaimana hidupnya lebah dengan rajanya (erat dan penuh kasih sayang).

4. Imam Mahdi menghukum dan membawa keadilan. Memecah salib dan membunuh babi.

5. Mengubah suasana dunia iaitu memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana penuh dengan kekejaman.

6. Membahagi harta dengan adil dan sama rata pada segenap manusia.
,
7. Hati umat Muhammad S.A.W di zaman Mahdi dipenuhi kekayaan.

8. Orang baik mahu pun jahat, di zaman Mahdi mendapat nikmat yang tidak pernah dirasai sebelumnya.

9. Mahdi memiliki dunia sepertimana dimiliki oleh Raja Zulqarnain dan Nabi Sulaiman as.

10. Mahdi berperang ikut sunnah sepertimana Nabi S.A.W berperang ikut wahyu.

11. Bilangan mereka yang membai’ah lmam Mahdi iaitu 313 orang. Ada perempuan. Maka lmam Mahdi dapat menguasai setiap diktator hinggalah merasa keadilan. Beliau memerintah selama 7 tahun.

12. Mahdi penutup bagi agama Allah S.W.T sepertimana Allah membuka agamanya dengan Nabi Muhammad S.A.W

13. Selepas dibai’ah, satu utusan tentera daripada Syam yang diutus untuk memeranginya telah ditenggelamkan di Zilhalifah.

14. Pemegang panji-panjinya ialah seorang pemuda puak Tamimi yang datang dari Timur.

15. Mahdi memerangi Rom dalam masa 3 hari. Dapat kemenangan di hari ke 3. Hingga dapat membuka Al Konstantiniah

Demikianlah sebahagian di antara Khulasah yang dibuat oleh lbnu Hajar tentang Imam Mahdi. Susunan dan alih bahasa yang terdapat di atas adalah dibuat untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

Dalam kitab Adduratun Nafi’ah Fi Isy Ratus Saa’ah  oleh Syeikh Osman Jalaluddin terdapat lagi keterangan yang detail tentang lmam Mahdi. Berikut ialah daripada kitab tersebut yang dibuat dari muka surat 3 ke muka surat 22.

Imam Mahdi - Sifat dan Tabiatnya

Sesungguhnya Imam Mahdi itu mempunyai nama yang serupa dengan nama Nabi kita iaitu Muhammad bin Abdullah. Beliau berketurunan daripada Hassan Hussein iaitu cucu Nabi Muhammad S.A.W. Tubuhnya sederhana, warna kulitnya putih kemerah-merahan, jarang bulu dua pelipisnya, hidungnya mancung, keningnya melengkung, mukanya memanjang, luas dua matanya yang bercelak, giginya berkilat-kilat lagi putih, pada pipi kanannya terdapat tahi lalat hitam, mukanya berseri-seri, janggutnya tebal dan ia mempunyai satu tanda umpama cop “Khatamun Nubuwwah” pada belikat Nabi Muhammad S.A.W. Pehanya renggang dan ia memakai baju belah dada yang berwarna putih lagi pendek.

Mengenai tabiatnya pula ialah, ia tidak membangunkan orang tidur kecuali apabila masuk waktu sembahyang. la tidak menumpahkan darah yang tiada halal, memerangi orang yang meninggalkan sunnah Nabi S.A.W dan orang kafir musyrik. Beliau juga akan menghapuskan segala perbuatan bid’ah yang menyimpang dari pegangan atau iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Imam Mahdi juga akan menjadi raja yang memerintah seluruh dunia seperti Zulqarnain dan Nabi Sulaiman a.s. Di samping itu ia akan memusnahkan segala salib Kristian dan membunuh babi.

Imam Mahdi sangat penyayang dan pemurah kepada sekelian muslimin. Imam Mahdi di redhai setiap yang hidup di langit dan bumi sehinggakan sekelian burung-burung, binatang liar di hutan dan ikan-ikan di laut akan menyukainya. Kekayaannya melimpah-ruah dan menyeru kepada sesiapa yang berhajat untuk mengambilnya. Tetapi hanya seorang sahaja yang menyahutnya kerana di waktu itu semua orang kaya-raya (boleh jadi kaya hati). Lelaki itu pun mengaut harta-harta sekehendak hatinya tetapi kemudiannya mengembalikan semula kepada Imam Mahdi.

Pakaian lmam Mahdi

Sewaktu zahir ke dunia Imam Mahdi memakai satu serban dengan malaikat di atasnya. Malaikat itu akan menyeru:

“lnilah Mahdi khalifah Allah, ikutilah ia dengan ikhlas dan yakin.” Kemudian akan keluar daripada serban itu satu tangan mengisyaratkan satu bai’ah kepada Imam Mahdi. Imam Mahdi memiliki baju Rasulullah S.A.W , satu pedang, satu bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu yang bertulisan “Bermula perjanjian itu bagi Allah” berwarna hitam. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W baju itu tidak pernah dipakai kecuali apabila zahir Imam Mahdi.



Kelebihan Imam Mahdi

Imam Mahdi akan menanam sebatang kayu kering ke dalam tanah yang kering lalu kayu itu tumbuh dan berdaun hijau. Apabila imam Mahdi mengisyaratkan dengan tangannya kepada burung di udara, burung itu akan jatuh ke atas tangannya. Kemudian ada seruan dari langit yang mengatakan,

“Wahai manusia! Bahawasanya Allah akan mengutus beliau kepada orang-orang yang degil dan munafik dan ia akan memerintah kamu semua. ”



Pemerintahan Imam Mahdi Di Dunia

Imam Mahdi sangat gagah perkasa dan sekelian manusia mengharapkan pertolongan dan perlindungan serta keamanan daripadanya. Allah akan mengurniakan sebanyak 3000 malaikat yang akan memukul setiap orang yang menentang lmam Mahdi. Malaikat Jibril dan Mikail juga akan turun bersama pada waktu itu.

Suasana aman ketika itu hingga membolehkan harimau dan kambing berhimpun di satu tempat. Kanak-kanak akan bermain dengan segala ular dan kala tanpa bahaya. Orang-orang yang membuat perhumaan dan bersawah padi cukup makmur malah benih semaiannya tumbuh dengan hasil yang digandakan oleh Allah sebanyak 700 cupak.

Di masa pemerintahannya lagi, ia akan memadamkan segala fitnah dan menghapuskan maksiat umpamanya riba, perzinaan, minum arak dan sebagainya. la akan melaksanakan segala yang diamanahkan dan mewujudkan keamanan di seluruh alam ini, sehinggakan orang-orang perempuan yang pergi haji akan bersama-sama jemaah perempuan sahaja kerana mereka tidak takut sesuatu apa pun kecuali kepada Allah.



Alamat Yang Hampir Zahir Imam Mahdi Ke Dunia

Ada beberapa alamat sebelum kezahiran lmam Mahdi, antaranya ialah:

1. Pecahnya sungai Furat (sungai yang besar di dalam negeri Baghdad) masuk ke laut Farsi.

2. Gerhana bulan pada awal malam bulan Ramadhan dan gerhana matahari di awal Ramadhan. Kedua-dua gerhana itu belum pernah berlaku sebelum ini.

3. Gerhana bulan berlaku sebanyak dua kali dalam bulan Ramadhan.

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Terbit bintang berekor yang cerah dari timur

6. Zahir api besar selama 3 ataupun 7 malam dari timur.

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir langit merah yang berlainan dari biasa.

9. Terdapat seruan dari langit yang difahami oleh semua manusia yang mengatakan bahawa lmam Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khuristan di dalam negeri Syria.

11. Seruan dengan nama Imam Mahdi yang sangat kuat dari langit yang didengari oleh semua manusia. Waktu itu orang tidur akan terjaga, yang berdiri akan terduduk dan yang duduk akan berdiri disebabkan terperanjat.

12. Zahir suatu jemaah lelaki di bulan Syawal. Kemudian kedengaran suara membatalkan peperangan di dalam bulan Zulkaedah. Setelah itu berlaku peperangan dalam bulan Zulhijjah dengan kejadian samun ke atas jemaah haji serta pertumpahan darah di atas Jumratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Berlaku gempa bumi.

14. Kedengaran dua seruan dari langit, seruan pertama menyebut bahawa lmam Mahdi yang zahir itu sebenarnya keluarga Muhammad S.A.W. Suara kedua pula mengatakan bahawa lmam Mahdi itu daripada keluarga Isa a.s.


Fitnah-Fitnah Yang Berlaku Sebelum Zahir Imam Mahdi


Terdapat 5 kejadian fitnah yang berlaku sebelum zahirnya lmam Mahdi iaitu:


1. Sewaktu pecah sungai Furat, keluarlah emas daripada bukit yang berdekatan. Akibatnya berpuak-puaklah manusia kepada 3 kumpulan untuk mendapatkannya. Salah satu daripada kumpulan yang lebih hampir dengan timbunan emas itu berkata, “Demi Allah kami akan membunuh sekelian manusia kerana jika kami biarkannya nescaya habislah ia (harta).” Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diingini sehingga berlakulah pembunuhan yang besar di mana hanya seorang sahaja dalam setiap seratus orang yang hidup.

2. Keluar seorang daripada keturunan Sufyani yang kafir daripada anak Khalid bin Sufyan dalam negeri Syam, yang akan menyebabkan peperangan yang besar.

3. Berlaku peperangan yang berpunca daripada puak Ibqa’. Ibqa’ ini ialah suatu yang ada padanya warna putih dan hitam dari negeri Mesir.

4. Muncul puak Ashab. Ashab ialah sesuatu yang bercampur warna putih dan merah.

5. Muncul puak A’raj yang mana A’raj itu ialah orang yang berjalan capek dari Maghribi.


Berlakulah peperangan di antara puak-puak itu selama setahun di mana kemenangannya di pihak Sufyani. Kemudian muncul pula seorang raja dari negeri Maghribi yang membunuh semua lelaki, menawan perempuan lalu menunggu di bumi Arab untuk memerangi puak Sufyani yang sedang mengalahkan puak Quraisy. Walau bagaimanapun, pihak Raja Maghribi dikalahkan oleh puak Sufyani sehingga habislah harta bendanya dirampas. Pihak Sufyani meneruskan peperangan dengan pihak Rom dan Turki di mana berlakunya berbagai-bagai penganiayaan umpamanya perut perempuan yang mengandung dibelah ,dan kanak-kanak dibunuh. Lelaki-lelaki pihak Quraisy yang melarikan diri ke Turki dituntut secara paksa dan setengah daripada mereka berjaya lari ke Khurasan setelah dipukul dan disiksa di Damsyik.

Di dalam perjalanan memburu saki-baki orang-orang Quraisy itu, angkatan berkuda puak Sufyani membinasakan kota-kota negeri, memasuki kota Baghdad dan membunuh seramai 100,000 jiwa. Apabila memasuki Kufah, mereka membunuh 60,000 jiwa lagi serta menawan kanak-kanak dan perempuan. Manakala sampai ke negeri Khurasan, bertambah-tambah lagi kekejaman mereka. Setiap keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan Bani Hasyim dari penduduk Khurasan itu ditangkap lalu dibunuh di tempat itu juga. Separuh ahlul bait itu dihantar ke Kufah. Kemudiah puak Sufyani itu memasuki kampung-kampung dan merata-rata tempat.

Setelah berlaku kelima-lima perkara tadi, zahirlah Imam Mahdi tetapi tidak diketahui di mana ia menzahirkan diri. Semasa berlaku huru-hara itu, ia berserta dengan pembantunya dan tujuh orang lagi melarikan diri dari Madinah dan bersembunyi di Makkah. Manakala mendengar berita itu, Raja Madinah pun mengutus surat kepada Raja Makkah memberitahu kedatangan lmam Mahdi dan menyebut nama-nama jemaahnya. Raja Makkah sangat gembira mendengar khabar itu lalu menjemput Imam Mahdi beserta jemaahnya menemui baginda. Imam Mahdi dan jemaahnya menemui Raja Makkah dan meminta perlindungan politik lalu dibenarkan tinggal di Makkah dengan aman.

Tetapi Raja Makkah menipu dengan memanggil dua orang utusan Imam Mahdi lalu membunuh salah seorangnya di satu tempat antara rukun Hajarul Aswad dan maqam Ibrahim. Seorang lagi telah berjaya melarikan diri dan memberitahu Imam Mahdi. Bersiaplah Imam Mahdi untuk memerangi Raja Makkah yang dimurkai Allah dan segala isi langit, lalu berkhemah di Taif di satu bukit, lalu bergabung dengan penduduk di situ. Berperanglah buat pertama kalinya Imam Mahdi dan jemaahnya dengan Raja Makkah. Imam Mahdi berjaya mengalahkan mereka sementara Rajanya pula dibunuh. ltulah perang pertama dari 6 peperangan.

Peperangan kedua ialah memerangi negeri Turki Konstantiniah yang mana Imam Mahdi turut dibantu oleh para auliya’. Ada dua sebab negeri itu diperangi, pertama mungkin ia akan jatuh ke tangan orang kafir pada akhir zaman umpamanya Rusia, kedua, ialah kemungkinan mereka telah keluar dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 7 tahun setelah peperangan itu, barulah keluar dajal laknatullah yang kemudiannya dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi di Baitul Maqdis.

Pada 1343 H, semasa berada di Madinah penulis (Syeikh Jalaluddin) telah berjumpa dengan seorang soleh dari negeri Turki yang berkata, “Negeri Turki sekarang dalam kacau bilau dalam hal agama, orang-orang muda semuanya keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali orang tua yang masih berpegang teguh dengan agama.” Pada tahun 1342 H, sewaktu pemerintahan Syarif Husein di Makkah seorang guru yang bersyarah di Masjidil Haram menceritakan kezahiran lmam Mahdi yang akan memerangi Makkah dan Turki. Apabila penulis menanyakan mengapa kedua negeri itu diperangi sedangkan kedua-duanya negeri Islam, ia menjawab, “Barangkali pada akhir zaman, penduduk kedua-dua negeri itu keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Berkata Sohibul Qamus jatuhnya Konstantaniah oleh pihak muslimin itu adalah satu tanda kiamat. Tinggi kota Konstantiniah itu ialah lebih kurang 21 hasta dan gereja-gerejanya sangat tinggi. Di sini gereja itu terdapat beberapa tiang yang ukur lilitnya 4 depa.

Pada kepala tiang itu ada gambar kuda daripada tembaga yang ditunggang oleh seorang lelaki sambil memegang buah yang bulat dari emas dan sebelah tangan lagi terbuka anak jarinya seperti orang memberi isyarat. Orang itulah...

-page 70 tidak ditemui-

...munafik, sepertiga lagi mati syahid dan sepertiga lagi tiada difitnahkan ke atas mereka selama-lamanya.

Selepas itu puak Rom dan muslimin memerangi Parsi dan menang serta menawan segala kanak-kanak mereka. Kemudian orang Rom meminta harta rampasan lalu diberikan oleh orang muslimin segala harta dan anak-anak kafir Parsi itu. Mereka meminta juga anak-anak kaum muslimin orang Parsi, tetapi tidak diberikan. Ini menggembirakan orang-orang Rom kerana orang-orang Islam telah melanggar janji lama iaitu memberi lebih kepada mereka kerana bilangan mereka lebih ramai, alat perang yang lebih sempurna dan mereka lebih kuat. Lalu mereka pun mengadu kepada Raja Turki dan meminta untuk memerangi orang Islam.Permintaan mereka ditolak oleh Raja Turki kerana orang Islam itu ialah puak yang sentiasa menang dan kuat. Orang-orang Rom itu pun memberitahu Raja Rom, lalu berangkatlah angkatan perang Rom dengan 8 jemaah yang setiapnya mempunyai seramai 12,000 askar melalui jalan laut.

Apabila mereka berhenti berlabuh di pelabuhan Syria, segala kapal-kapal dibakar dan menawan seluruh bumi Syam kecuali bandar Damsyik dan Mu’taq. Apabila melihat orang-orang Syam diperangi Raja Turki pun menyiapkan angkatan perangnya melalui jalan darat iaitu Qansarian dalam negeri Syam lalu bergabung dengan penduduk di situ yang seramai 300,000 kemudian ditambah lagi dengan kekuatan tentera Yaman seramai 1,000 orang dan 40,000 orang bangsa Humair. Dalam peperangan itu orang Islam telah berjaya.

Kemudian orang-orang Yaman dan Humair berhimpun di satu bukit di negeri Syam sementara pihak muslimin lain berkumpul pula di tepi Sungai Ariat sedangkan pihak musyrikin pula di tepi Sungai Rokiah yang hitam. Lalu berlakulah perang antara tentera Islam dengan pihak musyrikin. Di dalam peperangan itu terbunuhlah pihak muslimin seramai sepertiga, sepertiga lagi berundur dan tinggallah sepertiga lagi.

Selepas itu tentera Muslimin berpecah kepada 3 puak. Puak pertama ingin terus menyerah dan mengatakan bahawa kalau agama ini ada kegunaan dan kemuliaannya nescaya dibantu oleh Allah. Puak kedua pula tetap yakin bahawa orang-orang Rom tidak akan mengalahkan mereka selama-lamanya lalu menganjurkan supaya melalui kawasan orang Badwi (yang jauh daripada negeri dan kampung) negeri Iraq, Yaman dan Hijaz yang belum dibinasakan oleh tentera Rom. Puak yang ketiga pula menasihati kedua-dua pihak tadi supaya tidak taksub dengan kumpulan masing-masing kerana Allah tidak akan membantu dan menyeru mereka supaya bersatu semula. Akhirnya mereka bergabung semula dengan mengangkat perjanjian perang.

Apabila melihatkan gabungan mereka yang terlalu kecil, bergembiralah Raja Rom lalu diserulah mereka bahawa salib itu boleh memberi bekas. Tetapi pihak Muslimin menafikan kata-kata itu kerana yang memberi kemenangan dan kejayaan itu hanyalah dengan pertolongan Allah dan wali-waliNya. Selepas itu dengan kuasa Allah turunlah 200,000 malaikat berserta Mikail dengan pertolongan para auliya’. Dengan azab siksa yang diturunkan juga matilah sebahagian orang kafir dan orang-orang Islam memperolehi kemenangan. Kemudian tentera Muslimin memasuki bandar Rom dan diminta keamanan dengan perjanjian bayaran jizyah oleh orang-orang Rom. Mereka kemudiannya diberikan keamanan.

Mereka (orang-orang Rom) mendustai orang-orang Islam itu dengan mengatakan bahawa Dajal telah datang untuk merosakkan orang-orang Islam. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan menakut-nakutkan orang Islam itu untuk menghapuskan kesemuanya lelaki dan perempuan Muslim dari muka bumi Rom itu. Berita ini telah sampai ke pengetahuan orang-orang Arab Islam di tempat lain. Orang-orang Rom dibunuh sementara perempuan dan kanak-kanaknya ditawan, segala harta dirampas dan seluruh kota Rom ditawan dalam masa tiga hari. Kemenangan ini disambut dengan puji-pujian takbir dan tahlil kepada Allah sehingga ke waktu Subuh tanpa tidur.

Apabila terbir fajar, orang-orang Islam melaungkan takbir dengan suara yang sehabis kuat, lalu runtuhlah kota Rom. Kejadian itu menakjubkan orang-orang Rom di mana akhirnya mereka mengakui bahawa memerangi orang-orang Islam bererti memerangi Allah. Emas dan tawanan dibahagi-bahagikan sehinggakan masing-masing memperolehi 300 orang anak dara. Selepas itu timbullah Dajal sebagai alamat hampir kiamat.

Peperangan Ketiga

Imam Mahdi akan memerangi negeri India dan membunuh semua orang kafir dan orang-orang Islam yang terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di dalam hadis ada menyebutkan bahawa terdapat 72 golongan yang masuk neraka dan mereka inilah yang akan diperangi oleh Imam Mahdi kelak.

Peperangan Keempat

lmam Mahdi akan memerangi semua pendapat bid’ah tersebut walau di mana sekalipun mereka berada.

Peperangan Kelima

lmam Mahdi memerangi puak Sufyani dan segala tenteranya.

Peperangan Keenam

Memerangi penduduk Bandar Qati’. Bandar Qati’ ini terletak di satu daratan yang hijau pada bahagian laut. Panjang bandar itu 1000 batu dan lebarnya 500 batu, mempunyai 360 pintu yang dikawal oleh seramai 1000 askar pada setiapnya. Sewaktu ketibaan Imam Mahdi dengan tenteranya dari Konstantiniah Al Kubra, mereka melaungkan takbir sebanyak 3 kali lalu runtuhlah dinding bandar Qati’. lmam Mahdi dan tenteranya akan memerangi mereka dan membunuh 1,000 000 orang.

Setelah selesai peperangan itu, Imam Mahdi berserta tenteranya menuju ke Baitul Maqdis dengan 1000 buah kapal. Apabila sampai ke bumi Syam Palestin di antara tempat bernama ‘Aka, Shur dan Ghazza, mereka memperolehi beberapa harta yang banyak dan melimpah ruah. Imam Mahdi dan tenteranya tiba dan tinggal di Baitul Maqdis sehinggalah keluar Dajal.

Dalam kitab Al Hawi lil Fatawa terdapat keterangan tentang lmam Mahdi. Berikut adalah terjemahan kitab tersebut yang dipetik dari muka surat 145.
 
"lmam Mahdi lahir di dalam lingkungan tentera seramai 313 orang lelaki iaitu bilangan tentera Badar, bukan secara berjanji untuk bertemu. Mereka itu adalah ruhbanul bil lail, fursan bin nahar. Ertinya ahli ibadah di waktu malam, singa-singa di waktu siang."


Daripada lbnu Masud dia telah berkata apabila telah terputus perdagangan dan segala jalan-jalan dan banyaknya berlaku fitnah akan keluarlah 7 orang ulama daripada beberapa pelusuk dunia tanpa janji (mereka saling tidak kenal mengenal). Setiap seorang di kalangan mereka akan dibai’ah oleh 300 orang dan beberapa belas orang lelaki. Mereka semuanya akan berhimpun di Makkah. Ketujuh- tujuh orang itu akan bertemu. Sesama mereka akan bertanya, mengapa kamu datang? Jawab yang lain, kami mencari (lelaki) orang yang agar di atas tangannya fitnah ini akan tenang dan Kistantiniah itu akan dibuka. Sesungguhnya kami tahu namanya, nama bapanya, nama ibunya dan tenteranya. 7 orang itu pun sepakat. Mereka pun sama-sama mencari. Maka mereka bertemu di Makkah.

Demikianlah keterangan tentang Imam Mahdi. Ulama-ulama telah menghurainya dengan panjang lebar berdasarkan hadis-hadis tentangnya. Umat Islam sepatutnya mengambil kenyataan ini sebagai satu berita besar dan menggembirakan.Yang penting dan menanti-nanti agar ianya segera berlaku. Sebab agama Islam dan umat Islam hari ini sudah begitu lemah dan hinanya. Maksiat dan mungkar jadi mainan dunia. Manusia bertuhankan hawa nafsu dan syaitan. Allah dan RasulNya dibuat macam tidak ada, atau kalau ada pun, macam Al Quran buruk sahaja. Iman dan ukhwah Islamiah hancur bak air batu di bawah matahari terik. Musuh sedang meratah umat Islam bagai memakan makanan dalam satu dulang. Alangkah malangnya! Masakan kita tidak sedih melihatkan itu semua! Masakan kita tidak ingin melihat dunia ini kembali pada tangan Islam. Di mana maksiat dan mungkar sangat berkurangan. Hati manusia penuh dengan Iman dan ghairah kembali membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah. Kemewahan merata, harta melimpah ruah.

Namun manusia berhati zuhud terhadap dunia dan sangat menyintai akhirat. Maka terjadilah kasih sayang yang tulin dan erat antara umat. Dunia aman damai lagi makmur dan mendapat keampunan dan kasih sayang dari Allah. Keadilan merata dan orang kafir pun tunduk pada Islam dengan cara sanggup membayar jizyah. Alangkah indahnya hidup dalam keadaan itu. Segala sistem ekonomi, politik, pelajaran dan pendidikan, ketenteraan dan apa juga, semuanya berjalan mengikut lunas-lunas Islam. Tidak sebagaimana sekarang, ekonomi ribanya menindas, politik demokrasinya kotor, pelajarannya liar, tidak mengarah kepada menegakkan hukum-hukum Allah. Manakala pendidikan membentuk manusia-manusia yang rasuah, sombong, bakhil, tipu, zina, judi, rogol, arak dan 1001 macam mungkar lagi.

Siapa juga yang cintakan kebenaran dan keadilan, sepatutnya rindu menanti kedatangan Imam Mahdi. Hanya dia pemimpin yang mampu, dengan izin Allah, untuk mengganti kejahilan manusia-manusia ini dengan Islam. Sebagaimana mampunya Rasulullah menumbangkan jahiliah untuk digantikan dengan hukum-hukum Allah. Kalau bukan Mahdi, kita tidak ada seorang pun pemimpin dunia kini yang boleh menghentikan peperangan, penindasan dan kezaliman, menumpaskan maksiat, mencetuskan perpaduan, menundukkan orang kafir, menyamakan pembahagian harta, menegakkan hukum Islam, menumbangkan pemerintahan yang zalim, mengujudkan keamanan dan seterusnya untuk menegakkan negara Islam di seluruh dunia.

Kebanyakan pemimpin Islam hari ini bukan sahaja tidak mampu untuk mengamankan negaranya atau harakahnya, rumah tangganya sendiri pun kucar kacir. Demikian juga halnya dengan ulama-ulama kita. Hukum Islam bukan sahaja tidak dijalankan di pejabat atau di qariahnya, dalam rumah sendiri pun tidak berlaku. Saya berkata begitu bukanlan bermaksud hendak mematikan semangat juang pejuang-pejuang Islam hari ini. Jangan pula mereka berkata, “Kalau begitu kita tak payah berjuanglah. Sebab kalau berjuang pun tak dapat negara Islam.”

Jihad fisabilillah adalah termasuk perintah Allah dan hukumnya adalah wajib. Jadi setiap umat Islam yang mukallaf wajiblah perjuangkan Islam. Tapi ingat, niat dan matlamat kita menunaikan perintah Allah ialah bukan untuk mendapatkan negara Islam tetapi ialah kerana Allah ada dan untuk mendapat keampunan Allah di padang Mahsyar nanti. Samada berjaya atau tidak, itu tidak menghalang kita dari terus berjuang. Seseorang yang bila diberitahu hanya Mahdi yang boleh mengembalikan Islam ke seluruh negara dan dunia, bukan kita terus mengambil keputusan untuk pencen dari berjuang, menunjukkan perjuangannya selama, ini bukanlah kerana Allah. Samalah dengan seorang yang sembahyang kerana hendak kaya, tapi bila tidak kaya-kaya
juga dia pun malas nak bersembahyang. Orang ini tidak ikhlas namanya.

Tidak boleh juga kita berjuang kerana hendak jadi pengikut Imam Mahdi atau hendak menunggu lmam Mahdi. Nanti kalau Imam Mahdi lambat datangnya, dia pun tidak mahu berjuang lagi. ltupun tidak ikhlas namanya. Imam Mahdi datang ke tak datang ke kita tetap berjuang kerana Allah. Biar kita mati dalam berjihad fisabilillah, moga-moga syahid.

Hakikat penantian Imam Mahdi yang sebenarnya ialah mengharapkan pembelaan Allah S.W.T. terhadap agamanya yang kita cintai ini. Moga-moga bila Imam Mahdi datang, tegak kembalilah Islam di bumi ini. Perasaan dan harapan itulah yang mendorong kita untuk mendoa, menyebut-nyebut, mengingat-ingat dan bercakap-cakap tentang lmam Mahdi ini.
Ini jugalah yang dibuat oleh lmam Bukhari dalam keluhan rasanya pada Tuhan:
Tuhan,
dada bumi mengharapkan
turunnya tangkisan ghaib dari udara
turunnya tangan kuat
yang kuasa menyapu kegelapan
dan mengangkat kaum-kaum yang lemah di bumi.

Sebab kalau bukan seorang yang benar-benar didatangkan oleh Allah, yang ada berkat dan karamah serta ilmu dan kekuatan yang bertaraf mujtahid dan mujaddid, mustahil rasanya umat ini dapat dipimpin kepada Islam. Maka marilah kita sama-sama mengharapkan lahirnya lmam Mahdi. Jika takdirnya kita dapat bertemunya, maka berikrarlah untuk mengalu-alukan dan memberi bai’ah padanya. Agar kita dapat bersamanya mengembalikan kebenaran dan keadilan di bumi Allah ini

[Dipetik daripada buku Siapakah Mujaddid kurun ke 15]