Monday, 28 November 2011

Kalimah Laillahaillallah



Ucapan Laillahaillallah
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
mulutnya
yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka
burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung
tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy
Allah
memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak
dipatuhi
oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang
menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu
burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada
mereka.
Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy
Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".
bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu"
Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah
Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat
bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada
Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan
permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha
penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan
bahawa
Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak
membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan
memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi
sehingga
hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang
yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai
oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci
Allah
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
p/s, Sampaikan walaupun satu ayat

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.